bannermerdeka

SEKARANG ANDA BERADA DI SMK PASOH 2...SELAMAT DATANG 2014...SEMUA TERBAIK ADA DISINI..WELLCOME!!!

Saturday, August 6, 2011

Solat Masbuk



PERGERAKAN MAKMUM MASBUK

Saya bersolat jemaah dalam keadaan masbuk ketika imam sedang duduk tahiyat awal. Adakah saya perlu menunggu imam sehingga bangun berdiri untuk rakaat berikutnya untuk masuk bersama jemaah atau terus duduk tahiyat awal?

Jawapan: Lebih afdhal terus mengikut pergerakan imam sama ada imam sedang duduk atau ruku` atau sujud, dalam kes ini makmum hendaklah terus duduk tahiyat. Sabda Rasulullah s.a.w: Maka apa yang kamu sempat, maka bersolatlah, dan apa yang kami terlepas, maka sempurnakanlah (HR Bukhari). Perlu diingatkan juga bahawa makmum yang masbuk perlu Takbiratul ihram terlebih dahulu barulah mengikut pergerakan/kedudukan imam. Makmum masbuk dapat bersama imam dalam kedudukan ruku’ dan toma’ninah (berhenti sebentar) maka makmum tersebut mendapat rakaat tersebut. Sekiranya makmum masbuq selepas imam telah bangun daripada ruku` tidak dikira raka`at bagi ma'mum, dan perlu mengulang rakaat tersebut. Wallahu a’lam.

MAKMUM MASBUK WAJIB MENGIKUT PERGERAKAN IMAM

Ketika saya masbuk solat jemaah Zuhur dan saya masuk  ketika sedang rakaat yang ketiga. Ketika imam tahiyat akhir, rakaat bagi saya baru dua dan perlu menambah lagi dua rakaat. Semasa imam duduk tahiyat akhir itu, adakah saya perlu membaca bacaan tahiyat awal kerana saya baru menunaikan 2 rakaat..

Jawapan: Makmum tersebut perlu mengikut pergerakan/kedudukan imam iaitu membaca tahiyyat akhir. Hatta jika makmum masbuk, tiba-tiba imam sujud sahwi, maka makmum tersebut wajib mengikut sujud sahwi imam tersebut walaupun tidak tahu menahu sebab imam tersebut sujud sahwi. Jika makmum  tidak mengikut sujud sahwi imam tersebut maka batal makmum masbuk tadi. Wallahu a’lam.

DISIPLIN SOLAT MASBUK

Adakah seseorang yg masbuk masuk bersama imam semasa imam dalam pergerakan seperti sujud dan rukuk merupakan kaedah masuk ke dalam jemaah yang tidak elok dan kurang sesuai pada sudut disiplin solat?

Jawapan:
Elok atau sesuainya sesuatu dalam ibadah hendaklah merujuk kepada asas ajaran Islam sendiri iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah. Bukan dengan akal atau budaya setempat . Makmum masbuk perlu mengikut pergerakan imam, jika imam bersujud, maka bersujudlah ma'mum, dan ketika imam i`tidal, maka i`tidallah ma'mum. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk... " (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Inilah disiplin solat yang diajar dalam hadis ini. Wallahu a’lam.



DIAM DALAM SOLAT
Saya masbuk dalam keadaan imam sedang duduk tahiyat akhir. Saya masuk bersolat jemaah bersama imam dan terus duduk. Adakah saya perlu membaca tahiyat pada ketika ini atau diam sahaja sehingga imam memberikan salam?

Jawapan:
Dalam masalah ini makmum hendaklah duduk dan membaca tahiyyat akhir. Sekiranya masih ada masa sebelum imam memberi salam, maka ma'mum bolehlah berdoa. Gunakan waktu ketika solat tersebut dengan doa, tasbih dan tikbir, rugi jika diam sahaja. Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya solat ini tidak boleh di dalamnya sesuatu daripada bercakap dengan manusia ini, sesungguhnya ia ialah tasbih dan takbir dan membaca Al-Qur'an (HR Ahmad). Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment

Guru SMK.Pasoh Dua

Al-Quran