bannermerdeka

SEKARANG ANDA BERADA DI SMK PASOH 2...SELAMAT DATANG 2014...SEMUA TERBAIK ADA DISINI..WELLCOME!!!

Saturday, August 6, 2011

Modus Operandi - Ponteng





KEMPEN MEMBASMI PONTENG DAN SALAH LAKU


            1.        Undang-Undang Dan Hukuman Terhadap Pelajar Yang Terlibat Dalam Gejala Ponteng Dan Salah Laku

                a   Kesalahan Kepada Ponteng Berterusan
                                i            Pelajar yang tidak hadir selama 3 HARI berterusan akan menerima surat amaran yang pertama.
                                ii           Diikuti tidak hadir selama 7 HARI berserta (hari ke - 10) akan menerima surat amaran yang kedua.
iii       7 HARI seterusnya ( hari ke - 17) jika pelajar masih tidak hadir ke sekolah akan menerima surat amaran yang terakhir.
iv      14 HARI berterusan (hari ke 31) pelajar yang tidak hadir dengan memberikan alasan yang munasabah dari ibubapa atau penjaga, pelajar tersebut boleh dibuang sekolah mengikut undang-undang para 10.2 Ordinan Pelajaran 1957,Peraturan-Peraturan Pelajaran (DISIPLIN SEKOLAH) 1959.

                b   Kesalahan Kepada Ponteng Bukan Berturut-Turut
                                i               Bilangan hari pelajar yang tidak hadir selama 10 HARI akan menerima surat amaran pertama.
ii              Diikuti dengan tambahan 10 HARI (hari ke - 20) tidak hadir pelajar akan menerima surat amaran kedua.
iii             20 HARI selepas itu ( hari ke - 40) jika pelajar tidak hadir pelajar akan menerima surat amaran terakhir.
iv           Bilangan hari yang tidak hadir bukan berturut-turut sebanyak 20 HARI (hari ke – 60)  akan menerima surat buang sekolah.


       2.        Ponteng Kelas
                                a              Guru akan memastikan jumlah kedatangan di dalam kelas dicatat setiap pagi.
b        Guru matapelajaran akan mencatat nama pelajar yang didapati tidak ada sewaktu mata pelajaran akan  dimulakan.
c             Guru kelas akan melaporkan kes pelajar yang kerap ponteng kelas kepada Penolong Kanan (HEM) atau Guru Disiplin.





No comments:

Post a Comment

Guru SMK.Pasoh Dua

Al-Quran