bannermerdeka

SEKARANG ANDA BERADA DI SMK PASOH 2...SELAMAT DATANG 2014...SEMUA TERBAIK ADA DISINI..WELLCOME!!!

Agama

Nuzul Al Qura'an

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 ramadhan, Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Perkataan‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah
Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Al Quran diturun secara berperingkat-peringkat sejak 17 Ramadhan sehinggalah lengkap Al Quran. Satu peristiwa yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan)
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran
Firman Allah yang bermaksud: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan) Al-An’am:38
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)



Bila dan bagaimana Al-Quran diturunkan?


Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.


Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: “…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (TTQ 8 : 41).. Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.



Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). ” Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…” (TTQ 8 : 41).



Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.


Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun. Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-’Alaq.


Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Cabaran Ramadhan kali ini amat hebat untuk umat Islam. Dalam negara, umat Islam diuji dengan pelbagai isu yang mencabar umat Islam. Di luar negara, diprovokasi oleh pihak tertentu untuk membenci negara kita. Bersamalah kita semua dalam mempertahankan negara ini dari cabaran dalaman dan luaran. Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam. Marilah kita semua bersatul dengan iman kita yang sebenar iaitu Al Quran

Adab – Adab Berpuasa

Puasa merupakan salah satu ibadat yang telah diperintahkan oleh Allah kepada umat Islam seluruhnya pada bulan Ramadhan. Ia merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Puasa mempunyai pelbagai keistimewaan yang telah dijanjikan oleh Allah. Berpuasa dapat mengukuhkan jiwa seseorang supaya berpegang teguh kepada Allah. Lahirnya insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah dengan ibadat puasa sebagaiman firman Allah yang berbunyi

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (١٨٣)

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah : 183)

Puasa merupakan ibadat yang dapat menghampirkan manusia dengan penciptanya. Allah akan memberikan ganjaran yang banyak bagi mereka yang menunaikan puasa dengan sebaik-baiknya. Berpuasa dapat menjauhkan jiwa daripada gangguan syaitan dan dapat menyelamatkan diri daripada melakukan segala larangan Allah. Begitu juga, puasa dapat melatih manusia supaya bersabar, merasakan kelaparan yang menjadi kebiasaan  golongan fakir, melembutkan jiwa dan dapat menghapuskan dosa-dosa  yang telah dilakukan sebelumnya.
Puasa mempunyai beberapa adab yang perlu diikuti supaya dapat mencegah daripada tidak mendapat sebarang ganjaran yang telah dijanjikan. Antara adab- adab puasa adalah seperti berikut :
 1. Niat yang betul.
Niat yang benar-benar ikhlas kerana Allah ialah pengukur kepada ibadat seseorang. Dengan niat yang ikhlas, seseorang itu akan diganjari dengan ganjaran yang setimpalsebagaimana yang dilakukannya. Oleh yang demikian, puasa menuntut seseorang supaya mengikhlaskan niat hanya kepada Allah.Niat berpuasa wajib dilakukan sebelum daripada tamat waktu bersahur (sebelum terbit waktu fajar ).

 2. Bersahur.

Bersahur adalah satu amalan yang telah dilakukan Baginda s.a.w. Bersahur dapat memberikan faedah yang begitu besar kepada manusia. Oleh yang demikian, Nabi menggalakkan umatnya bersahur walaupun dengan meminum segelas air.
 عن أنس رضى الله عنه قال: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم : تسحروا فإن السحور بركة
Maksudnya : Daripada Anas berkata , sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda :  ” Bersahurlah kamu, sesungguhnya (dengan) bersahur (akan mendapat) keberkatan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seharusnya bagi semua umat Islam mengikut apa yang telah dilakukan oleh Baginda. Nabi s.a.w. bersahur untuk persediaan berpuasa walaupun dengan seteguk air atau dengan sebiji buah tamar.

 3. Melewatkan bersahur.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya supaya melewatkan bersahur kerana perkara demikian dapat memberikan kekuatan kepada orang yang berpuasa dan dapat memperoleh keberkatan yang banyak.
 عن أنس رضى الله عنه قال: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم : بكروا بلافطار، وأخروا السحور
Maksudnya : Daripada Anas berkata , Rasulullah s.a.w telah bersabda : ” Hendaklah kamu awalkanlah berbuka dan hendaklah kamu perlewatkan bersahur”.

 4. Tidak membazir ketika bersahur dan berbuka.

Tidak berlebihan ketika bersahur dan berbuka kerana perkara demikian dapat memudharatkan seseorang, melemahkan daripada melakukan ibadat dan boleh membawa kepada mengantuk.

 5. Mengawal anggota ketika berpuasa

Mengawal anggota ketika berpuasa daripada melakukan maksiat kepada Allah. Lebih-lebih lagi menjaga mata daripada memandang perkara maksiat yang telah diharamkan oleh Allah.
 Menjaga anggota dari melakukan perkara yang dapat mengurangkan pahala puasa sebagaimana berikut :
  1. Menjaga mata daripada perkara haram.
  2. Menjaga lidah daripada percakapan yang sia-sia dan membiasakannya dengan berzikir, membaca Al- Quran dan sebagainya.
  3. Menjaga pendengaran daripada perkara yang memudaratkan.
  4. Menahan tangan dan kaki daripada perkara yang syubhah dan melalaikan.
  5. Tidak makan terlalu banyak.
  6. Sentiasa muraqabah dengan Allah walau di mana berada.

 6. Memperbanyakkan amalan kebaikan.

Disunatkan memperbanyakkan amalan-amalan yang baik ketika berpuasa. Demikian supaya waktu seharian digunakan untuk berzikir kepada Allah, berdoa, memohon ampun kepada Allah, membaca Al -Quran, memperbanyakkan sedekah, menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa bagi mendapat pahala yang begitu banyak, mengukuhkan amalan silaturrahim dan segala amalan-amalan yang baik.

 7. Menyegerakan berbuka.

Amalan ini merupakan sunnah Rasulullah yang telah memerintahkan semua umatnya supaya menyegerakan berbuka sebagaimana sabdanya yang berbunyi :
 عن أنس رضى الله عنه قال: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم : بكروا بلافطار، وأخروا السحور
Maksudnya : Daripada Anas berkata , Rasulullah s.a.w telah bersabda : ” Hendaklah kamu awalkanlah berbuka dan hendaklah kamu perlewatkan bersahur”.
Dengan menyegerakan berbuka dapat memberikan kegembiraan kepada orang yang berpuasa dan meringankan tubuh badan daripada keletihan. Oleh yang demikian,  Rasulullah menyegerakan berbuka sebelum daripada solat Maghrib.

 8. Berdoa ketika berbuka.

Berdoa ketika berbuka sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah sebagaiman sabdanya yang berbunyi :
 عن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم قال : ان للصائم عند فطر دعوة ما ترد
Maksudnya: Daripada Abdullah in Umar sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : ” Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka puasa ada doa yang tidak ditolak”. (Riwayat Ibnu Majah)

 9. Menjauhi perkara yang merosakkan puasa.

Menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dapat merosakkan puasa seperti tidak berlebihan ketika berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk kerana dikhuatiri air masuk ke dalam rongga sekali gus dapat merosakkan puasa.
Demikian juga menjauhi semua perkara yang dapat merosakkan puasa.

 10. Berusaha mendapatkan ‘ Lailatul Qadar ‘.

Berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar kerana malam tersebut mempunyai kelebihan yang begitu besar sebagaiman firman Allah yang berbunyi :
 إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (١)وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (٢)لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣)تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (٤)سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (٥)
Maksudnya :
  1.  Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
  2.  dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
  3.  malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
  4.  pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
  5.  sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

 11. Bertaqwa kepada Allah.

Bertaqwa merupakan adab yang paling terpenting dalam puasa. Bagi seseorang yang berpuasa hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bertaqwa kepada Allah dalam segala tindakannya sama ada perkataan atau perbuatan. Demikianlah tujuan ibadat puasa. Perkara ini dapat mendekatkan seseorang dengan penciptanya. Bagi mereka yang mampu sepanjang puasanya sentiasa berada dalam keadaan bertaqwa kepada Allah, maka ia telah mendapat faedah daripada puasa tersebut.
 Imam Ghazali berkata dalam kitabnya :
Adab-adab berpuasa ialah memilih makanan yang baik (halal), meninggalkan bermujahadah (bertengkar perkara sia-sia), menjauhi daripada mengumpat. menjauhi kesalahan, hindari daripada takabbur, sentiasa dalam keadaan tenang, menjauhi daripada berdusta, menjauhi daripada menyakiti orang lain, dan menjaga segala anggota daripada melakukan perkara-perkara keji.
 Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih 
Cara-Cara Sembahyang Tarawih 
Doa-Doa Dalam Solat Tarawih | Sempena sambutan Ramadhan Al-Mubarak yang semakin rancak setelah sehari kita berpuasa, marilah sama-sama kita hayati solat sunat terawih dan sama-sama membetulkan diri jika ada kesilapan dalam adab ketika solat dan doa-doa yang dibaca ketika solat sunat terawih. Semoga amalan kita diterima Allah S.W.T. Insyallah.
Hukum solat sunat Terawih ialah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan samada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)

——————————————————————-

Bacaan Surah

Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu. Dari malam 1 hingga 15 Ramadan, pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takatsur hingga surah al-Lahab.
Susunan surah-surah adalah seperti :
Pada tiap-tiap rakaat kedua dibaca surah al-Ikhlas.
Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat kedua dibaca satu surah seperti bacaan rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.

——————————————————————-

Sembahyang Witir Sebanyak Tiga Rakaat

Selain daripada melakukan solat witir dengan dua niat dan dua salam, solat witir juga boleh juga dilakukan dengan kaedah satu niat dan satu salam.
Sembahyang witir ini ditunaikan dengan satu takbiratul Ihram dan satu salam sahaja. Lafaz niat :
Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akhbar
“Sahaja aku Solat Sunat Witir, dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal. Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut sunat , perlu dilakukan sujud sahwi.
Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua memperingati amalan sunat yang hanya datang dalam bulan Ramadhan. Sama-samalh kita merubut fadhilatnya. jika ada kekurangan atau kesilapan harap ditegur. Wallahualam.


SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/panduan-lengkap-solat-sunat-tarawih-ramadhan-al-mubarak-1432h/#ixzz21EOwqZQm



Ustaz Azhar Idrus

Klik Sini....http://ustazazhar.net/v01/





Yasser Arafat



Mohammed Abdel Rahman Abdel Raouf Arafat al-Qudwa al-Husseini (bahasa Arab: محمد ياسر عبد الرحمن عبد الرؤوف عرفات القدوة الحسيني‎; lahir di Kairo, Mesir, 24 Agustus 1929 – meninggal di Paris, Perancis, 11 November 2004 pada umur 75 tahun), yang popular dengan nama panggilan Yasser Arafat (ياسر عرفات) atau nama kunya Abu `Ammar (أبو عمّار), adalah seorang pemimpin Palestin dan seorang penerima Penghargaan Nobel. Ia semasa hidupnya pernah menjabat sebagai Ketua Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) dan Presiden[3] Otoritas Nasional Palestina (PNA), serta merupakan pemimpin partai politik Fatah yang ia dirikan pada tahun 1959. Arafat menghabiskan sebagian besar hidupnya memerangi Israel untuk memperjuangkan hak menentukan nasib sendiri bagi Palestin. Awalnya ia menentang keberadaan Israel, namun kemudian berubah pada tahun 1988 ketika ia menerima Resolusi Dewan Keamanan PBB 242.
Ia menjabat sebagai Presiden Otoritas Palestin sejak tahun 1993 dan terpilih menjabat selama lima tahun pada tahun 1996). Selain sebagai Presiden, Arafat sebelumnya juga telah memimpin PLO sejak tahun 1969).
Pada tahun 1994, bersama dengan Shimon Peres dan Yitzhak Rabin Arafat dianugerahi Penghargaan Nobel Perdamaian untuk perundingan Persetujuan Damai Oslo tahun 1993.
Pada tanggal 28 Oktober 2004, Arafat dilaporkan menderita penyakit yang serius. Keesokan harinya, dia meninggalkan Markas Besar Tepi Barat di Ramallah untuk diterbangkan ke Perancis. Di sana, dia dirawat di Rumah Sakit Militer Percy yang terletak di Clamart. Arafat berada dalam kondisi koma pada tanggal 3 November 2004. Sejak saat itu kondisinya memburuk. Dia tetap hidup dengan bantuan alat-alat penopang nyawa. Arafat meninggal dunia di rumah sakit pada pukul 09:30 WIB tanggal 11 November 2004 pada usia 75 tahun. Upacara pemakaman diadakan di Bandara Internasional Kairo, Mesir. Arafat dimakamkan di markas besarnya Muqata, Ramallah, Tepi Barat.


Guru SMK.Pasoh Dua

Al-Quran