bannermerdeka

SEKARANG ANDA BERADA DI SMK PASOH 2...SELAMAT DATANG 2014...SEMUA TERBAIK ADA DISINI..WELLCOME!!!

HEM


Kepemimpinan Dan Ketrampilan
Penolong-Penolong Kanan
Dalam Mewujudkan
Pengurusan Sekolah Yang Berkesan

            "It is not pleasing people that matters. It is performance that counts."
                                                ~ Parkinson & Rustomji
Pendahuluan
Penolong-penolong Kanan merupakan personel yang amat penting dalam menentukan segala matlamat dan objektif sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan yang cemerlang dari aspek budaya dan iklim sekolah berkesan lebih-lebih lagi dalam memenuhi cabaran millenium yang akan menjelang tiba.

Sebagai satu kumpulan personel yang penting di sekolah maka penolong-penolong kanan haruslah benar-benar memahami serta memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang unggul di samping ketrampilan dalam bidang pengurusan yang bersepadu dan menyeluruh. Oleh itu setiap penolong kanan haruslah sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran-kemahiran yang berkaitan, dan paling penting sikap positif terhadap bidang tugas dan tanggungjawab selaras dengan jawatan yang disandang.

Definis Pengurusan dan Organisasi

Pengurusan ialah proses bekerja dengan dan  melalui orang lain untuk mencapai objektif  organisasi dalam alam keliling yang berubah-ubah. Tumpuan kepada proses ini ialah keberkesanan dan kecekapan (effectiveness and efficiency) terhadap pengurusan sumber-sumber yang terhad. Keberkesanan ialah pencapaian ke atas objektif yang telah dicatat/persetujui dengan melaksanakan dan berjaya menyiapkan tugas tersebut. Kecekapan pula ialah sumber-sumber yang dikehendaki atau yang diperlukan untuk mencapai objektif dan ditimbang dengan apa yang sebenarnya telah tercapai. Lagi tinggi ratio/kadar keuntungan dengan kos, bertambah tinggilah kecekapan.

Oleh itu pengurus mestilah mampu mengimbangkan antara keberkesanan dan kecekapan. Pengurus mesti berkesan di dalam melaksanakan dan menyiapkan kerja  di samping pula cekap mengawal kos dan menjimatkan sumber-sumber yang terhad itu.

Apa Pengurus Buat?

Ada dua pendekatan bagi menjelaskannya.

a) Fungsi-fungsi Pengurusan: Tugas-tugas am pentadbiran yang dilakukan /dilaksanakan dalam semua organisasi. Antaranya:
·         Perancangan
·         Membuat keputusan
·         Pengelolaan (Organizing)
·         Staffing
·         Komunikassi
·         Motivating
·         Memimpin (Leading)
·         Pengawalan
b) Peranan Pengurus:
·         Peranan Interpersonal: sebagai tonggak; pemimpin; dan perkembangan
·         Peranan maklumat: sebagai pengawas; pengembang dan jurucakap
·         Peranan membuat Keputusan: sebagai usahawan; pendamai; penguntuk sumber dan perunding.
·          
Proses Organisasi

Setiap organisasi melaui proses berikut iaitu input - proses - output. Yang menjadi  input adalah sumber bahan mentah, manusia, wang, mesin dan teknik. Proses pula merangkumi tujuh perkara iaitu staffing, struktur, gaya pengurusan, strategi pelaksanaan dan kemahiran yang wujud dalam organisasi. Ini digembleng dengan erat/lemah oleh perkongsian nilai.

Ciri-ciri Pemimpin Yang Baik

Parkinson dan Rustomji (1986) dalam buku mereka "Understanding Management" menyenaraikan ciri-ciri berikut sebagai yang biasa terdapat serta menjadi amalan seseorang pemimpin yang baik;
·         Eksekutif berkesan mengawal ketat masa mereka.
·         Fokus kepada sumbangan "keluar". Mereka capai hasil bukan bekerja dalam suasana serba sukar, tetapi melalui satu arah yang baik lagi sesuai.
·         Kekuatan diri sendiri, kekuatan rakan sejawat dan juga kekuatan pegawai atasan dan kakitangan bawahan. Mereka tidak berdukacita atau memaafkan kelemahan-kelemahan.
·         Beri perhatian kepada beberapa aspek penting prestasi yang boleh keluarkan hasil cemerlang. Mereka melakuakan "First things first" dan tidak ada sama sekali 'second things first'.
·         Mengetahui bahawa membuat banyak keputusan tergesa-gesa akan sebabkan keputusan-keputusan yang salah; apa yang perlu ialah keputusan yang sedikit tetapi amat fundamental.
·         Mereka lakukan delegasi sebanyak mungkin supaya mereka bebas untuk berfikir rancangan masa depan organisasi mereka.
David McClelland berpendapat pemimipn yang baik ialah yang dapat keyakinan dan amanah yang wujud di kalangan pengikut-pengikut. Ciri-ciri pemimpin yang berkesan ialah:
1. Ia membuat orang lain merasa yakin dan kuat. Pekerja merasakan mereka cekap.
2.Ia menggunakan kewibawaan untuk membina amanah pekerja-pekerja kepada dirinya. Ia tidak gunakan ancaman dan ketakutan sebagai alat.
3.Ia dapat membina perhubungan kerjasama dan saling mengerti di antara pekerja-pekerja supaya semua berusaha untuk tujuan yang lebih tinggi.
4.Ia menggunakan kuasanya untuk menggalakkan penyelesaian masalah secara berhadapan (confrontation).
5.Ia tidak akan mengatakan masalah yang ada itu tidak wujud atau pun menyimpannya di bawah permaidani.

Blake & Mouton melihat keberkesanan seseorang pemimpin melalui 'Grid Pengurusan' atau 'Gaya 9,9'.                                                                                

Gaya 1,1 : Tidak menitikberatkan pekerja dan pengeluaran, beri pengurus kerja yang senang, menjauhkannya daripada masalah.
Gaya 1,9 : Titikberatkan pekerja dan kurang kepada tuags, pengurus ini nilaikan persahabatan lebih tinggi daripada pengeluaran.
Gaya 9,1 : Titikberatkan pengeluaran, abaikan pekerja; tidak seimbang antara pekerja dan pengeluaran.
Gaya 5,5 : Jenis bertolak-ansur; tujuan seberapa banyak pengeluran yang boleh sambil tinggalkan pekerja bersukaria.
Gaya 9,9 : Dapatkan produktiviti yang tinggi melalui kesetiaan pekerja, menggunakan individu dan kumpulan untuk menjayakan pekerjaan. Gaya ini dianggap gaya yang paling baik.

Realiti dalam Organisasi

Walaupun semua mengakui bahawa semua sekolah menerima pakai peraturan dan undang-undang yang sama di bawah KementerianPendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri-Negeri, namun kebanyakan sekolah tidak serupa dalam melaksanakan peraturan, undang-undang dan kehendak-kehendak yang dihasratkan menerusi Pekeliling Ikhtisas misalnya yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

Akibat dari keadaan ini maka wujudlah berbagai-bagai tingkah dan ragam yang dapat kita kenal pasti berlaku di sekolah-sekolah yang melambanakan budaya mediocrity dan sub-standard sama ada dari segi prestasi akademik, tahap pengurusan pejabat, pengurusan personel, disiplin, kebersihan dan keceriaan, penyelesaian masalah dan pengurusan konflik.

Kes 1. Seorang guru penolong menceritkan bahawa di sekolahnya disiplin guru dan iklim sekolah yang sangat tidak kondusif. Katanya,"Lebih 80% guru-guru datang lewat, Guru Besar pula datang pukul sepuluh. Ramai guru berborak di kantin sampai murid-murid jemput ke kelas. Mesyuarat guru pula sekali saja setahun kerana Guru Besar takut menghadapi guru-guru yang tidak puas hati dengan keadaan sekolah. Seorang GPK sering tidak hadir bertugas...kerja dia tidak buat, dan kokurikulum sampai sekarang belum berjalan."

Kes 2. Seorang guru penolong di sebuah sekolah berkata, "Saya tidak puas hati dengan cara GPK buat pencerapan pengajaran saya.Mana tidak, masuk kira-kira lima minit terus keluar kelas, dan top-top minta saya tandatangan borang pencerapan begitu sahaja. Perbincangan dua hala tentang pengajaran saya langsung tak ada. Mana jadi."

Kes 3. Seorang Ketua Panitia dan juga merupakan guru yang berpengalaman menyuarakan sikapnya di dalam mesyuarat guru apabila Guru Besar menyentuh prestasi penulisan Tahun Enam yang tidak memuaskan, dengan kata-kata, "Tuan Pengerusi, di sini kami tidak mementingkan pemeriksaan. Apa yang kami buat ialah membuat pemeriksaan secara rawak..."

Kes 4. Seorang GK1 mengadu kepada Guru Besar, "Cikgu, saya rasa tak puas hati tentang pembahagian waktu mengajar saya yang disusun oleh jawatankuasa jadual. Mereka ini tak patut buat saaya macam ini, sedangkan GPK-GPK yang lain kurang jumlah waktunya berbanding saya..."

Kes 5. Seorang GPK pernah berkata kepada salah seorang guru penolong yang menumpang keretanya, "Maaflah cikgu, tumpang kereta saya ni tak dapatlah nak cepat sebab saya datang awal pun tak guna kerana saya tak ada kerja nak buat..."

Kes 6. Seorang pesara guru mengadu katanya, "Tak patut betul tingkah-laku seorang guru di sekolah XYZ, adakah patut ada penjaga datang nak jumpa guru ini tapi dia tak berada dalam kelas. Rupanya balik ke rumah bertanak nasi...Saya pun hairan dengan Guru Besar dia."

Kes 7. Seorang guru penolong yang sangat berpengalaman tetapi sayang mengamalkan double standard terhadap layanan kepada murid-muridnya dengan cara mana-mana murid yang ibu bapanya orang-orang bernama, berpangkat, berkedudukan maka sempurnalahbuku-buku latihan murid berkenaan diperiksanya lengkap dengan cop (bagi ibu bapa tanda tanga) pengesahan. Tapi sayang mana-mana murid yang ibu bapanya miskin, orang kampung atau golongan tidak berada, buku-buku murid-murid tersebut tidak diperiksa langsung!

Apakah maknanya semua 'kisah benar' di atas?

Tujuh kes yang diberikan di atas hanyalah secebis dari realiti apa yang berlaku sebenarnya terutama di dalam bilik-bilik darjah sekolah-sekolah kita. Mungkinkah hal-hal seumpama ini masih berlaku sampai sekarang? Hanya kitalah sebagai penjawat-penjawat awam yang diberi tugas dan tanggungjawab dan amanah mulia ini yang dapat memberikan jawapan kepada semua kebejatan profesionalisme ini.

Teori Hambatan

Woodcock dan Francis (1993) mengemukakan satu teori berhubung satu faktor yang menghalang potensi dan keluaran hasil daari satu"sistem" - umpamanya satu organisasi secara keseluruhan, satu pasukan kerja, atau pun individu.

Para pengurus mempunyai potensi untuk mengembangkan dan menyelaras kedayagunaan mereka, tetapi kerana banyak sebab, terdapat bidang-bidang yang kurang dikembangkan. Dan ini kita namakan sebagai "hambatan".

Teori ini menyatakan bahwa cara paling cepat untuk mencapai perkembangan diri (personal development) ialah dengan menyelidiki, memahami dan mengatasi hambatan yang menghalangi kejayaan seseorang dan pertumbuhan peribadi.

Kemampuan Pengurus yang Berkesan

Pengurusan yang berkesan menuntut ketrampilan dan kemampuan yang berikut;
·         Kemampuan mengatur diri.
·         Nilai-nilai peribadi yang sihat.
·         Cita-cita peribadi yang jelas.
·         Mengusahakan pertumbuhan peribadi terus-menerus.
·         Ketrampilan menyelesaika masalah.
·         Kemampuan unutk menjadi kreatif dan inovatif.
·         Kemampuan yang tinggi untuk mempengaruhi orang lain.
·         Pemahaman terhadap gaya pengurusan.
·         Kemampuan menyelia.
·         Kemampuan mendidik dan mengembangkan orang lain.
·         Kemampuan membangun dan mengembangkan pasukan yang efektif.
Oleh itu seseorang yang ingin menjadi seorang pengurus yang berkesan haruslah mengenal pasti sebelas jenis hambatan yang menjejas keberkesanan dan ketrampilan diri, dan berusaha bagi mengatasinya secara penuh sedar-diri dan dengan will power yang tulen.

1. Ketidakmampuan Mengatur Diri
Pengurus yang tidak memanfaatkan waktu, tenaga, dan ketrampilan sebaik-baiknya, dan juga pengurus yang baik tidak mampu menghadapi tekanan, cabaran serta desakan tugas, tanggugjawab sebagai seorang pengurus (penolong kanan), dikatakan terhambat oleh ketidakmampuan mengatur diri sendiri.

2. Matlamat Peribadi yang Tidak jelas
Menentukan perjalanan hidup profesional dan peribadi dengan menilai keinginan dan pilihan ke atas semua kemungkinan, termasuk cita-cita (yang mustahil, atau tidak sesuai). Kerap kali kurang timbangkan alternatif, lalaikan pilihan penting sedangkan hal-hal kecil dan remeh menghabiskan waktu dan tenaga. Orang seperti ini sulit mencapai keberhasilan dan gagal memuji keberhasilan orang lain kerana terhambat oleh cita-cita peribadi yang tidak jelas.

3. Nilai-nilai Peribadi yang Tidak Jelas
Pengurus diharapkan mengambil keputusan berdasarkan nilai dan prinsip. Kalau nilai peribadinya tidak cukup jelas, tiada landasan yang kuat membuat penilaian, ia akan dipandang lemah. Nilai yang konsisten dengan konsep pengurusan kini menekankan pada dayakegunaan, menyedari potensi manusia dan dengan mengembangkan keterbukaan terhadap pembaharuan. Pengurus yang tidak jelas, tidak konsisten akan keyakinan dasar atau nilainya tidak sesuai lagi, terhambat oleh niali-nilai pribadi yang tidak jelas.

4. Perkembangan Peribadi yang Kerdil
Ramai pengurus mencapai perkembangan peribadi tapi ramai pula yang gagal bertindak mengatasi kelemahan mereka dan berusaha agar peribadinya berkembang. Cabaran selalu dihindari, kemampuan dibiarkan tidak berkembang, tiada lagi keghairahan yang wajar, dan kehidupan bekerja jadi hal rutin kerana risiko selalu dihindari dan lebih suka berasa aman, dan pengurus jenis ini terhambat olehperkembangan peribadi yang kerdil

5. Kemampuan yang Tidak Memadai Untuk Menyelesaikan Masalah
Menyelesaikan persoalan (masalah) adalah sartu ketrampilan pengurusan yang utama. Banyak pengurus tidak dapat menyelasaikan pekerjaan secara berkaedah dan menjimatkan - sering menghadapi kesulitan memimpin mesyuarat, menentukan sasaran, menangani maklumat, merancang dan menilai. Oleh sebab permasalahan tidak diselesaikan dengan cepat dan tegas, permasalahan tersebut akan bertambah (semakin kusut) serta menganggu benak dan tindakan si pengurus, yang terhambat oleh kemampuan yang tidak memadai untuk menyelesaikan masalah.

6. Kreativiti Rendah
Pengurus yang rendah kreativitinya tentu akan lemah dalam memulakan gagasan, mengajak orang bekerja secara kreatif, serta melaksanakan pendekatan baru. Kreativiti tinggi menuntut kesediaan menghadapi kemunduran dan kegagalan secara konstruktif. Oleh itu pengurusan yang enggan melakukan percubaan, mengambil risiko, atau mengusahakan tindakan kreatif dalam menghadapi kegagalan terhambat oleh daya kreativiti yang rendah.

7. Wibawa Rendah
Pengurus harus selalu berwibawa terhadap orang lain yang tidak langsung bertanggungjawab padanya. Ramai pengurus tidak punya wibawa bagi meminta orang bersedia bekerjasama atau membantunya, dan kerana itu gagal menemukan sumber yang perlu untuk hasil yang baik. Pengurus yang tidak menunjukkan kemampuannya tidak akan melakukan hubungan dengan orang lain dan penampilan diri serta kemampuan mendengarnya lemah, pengurus ini terhambat sebab dia bersasa tidak disegani orang.

8. Tidak Memahami Pemahaman Pengurusan
Pengurus yang tidak fikir dan timbangkan akibat tindakan pengurusannya, tidak akan dapat hubungan yang bererti daripada orang lain. Pengurus yang tidak boleh meneliti pendekatan mereka, kemampuan untuk menjelaskan secara lioik pandangan pengurusannya rendah sekali. Ciri yang ditunjukkan ialah tidak banyak mencari maklumbalas, tidak mampu memberi dorongan kepada orang bawahan, untuk maju dalam kerja, dan sulit  memberikan tugas. Pengurus yang tidak cukup memahami motivasi manusia dan gaya kepimimpinannya kuno, tidak sesuai, tidak manusiawi -- di terhambat oleh tidak adanya pemahaman pengurusan.

9. Kemampuan Penyeliaan yang Rendah
Pengurus berkesan menuntut banyak ketrampilan yang dapat digambarkan sebagai ketrampilan penyeliaan. Pembaziran waktu dan kaedah kerja yang tidak efektif membuat orang puas dan bekerja di bawah standard kualiti. Kecenderungan seperti ini ialah kerana tugas dan peranan tidak dirumuskan dengan baik, sistem kerja yang membazir, dan kelemahan hubungan. Seorang pengurus yang tidak memiliki ketrampilan praktis untuk mencapai hasil melalui usaha orang lain terhambat kerana ketrampilan penyeliaan yang rendah.

10.Kemampuan Melatih yang Rendah
Setiap pengurus juga berperanan sebagai jurulatih. Tanpa ketrampilan melatih, seorang pengurus tidak dapat mendorong orang lain mencapai standard yang dituntut dan tidak dapat membantu mereka mengembangkan diri. Pengurus yang tidak memiliki kemampuan membantu orang lain berkembang, terhambat oleh ketidakmampuan melatih.

11.Kurang Mampu Membina Pasukan
Untuk mencapai sasaran bersama, seorang  pengurus harus berkejasama dengan orang lain. Kerana sikap stereotaip peranan pengurus, seseorang pengurus mungkin tidak berbuat apa pun untuk mendorong kelompok atau anggota kelompok untuk berkembang. Dan jika ia tidak mampu mengembangkan orang menjadi satu pasukan yang kuat - mesyuarat yang biasanya sulit, tidak berfaedah, tidak tercipta suasana positif atau prosedur kerja berkesan, - kerana pengurus tersebut terhambat oleh ketidakmampuan membina pasukan.

Perilaku dan Integriti Diri

Mailah kita renungkan keadaan perilaku profesional dan integriti diri kita masing-masing selaku penolong-penolong kanan ketika bertugas dan berinteraksi dengan rakan sejawat dan anak didik kita sehari-hari. Adakah ciri-ciri kepemimpinan dan ketrampilan diri cukup terbukti atau masih banyak yang perlu dipelajari dan dipertingkatkan?

Max De Pree menyatakan. "The first job of a leader is to define reality." Blaine Lee mengungkapkan integriti sebagai, "Integrity means we are commited to matching words, feelings, thoughts, and actions so that we live with congruence and without duplicity."

Amatlah pentingnya kita menyedari realiti dan perilaku kita dalam konteks penyempurnaan tugas dan haruslah berani mengakui sebarang kelemahan yang wujud di samping berusaha memperbaiki diri, dan antara beberapa soalan yang patut kita jawab;

1. Sudah cukup mampukah  kita sebagai penolong-penolong kanan (pembantu pengurus kepada Guru Besar) berdasarkan aspek-aspek kemampuan sebagai pengurus yang berkesan di atas?
2. Jika belum, sedarkah kita aspek-aspek mana yang merupakan hambatan-hambatan kepada perkembangan diri untuk menjadi penolong-penolong kanan yang berkesan?
3.  Adakah kita sudah cukup jelas dan benar-benar faham betapa besar dan beratnya memikul tugas dan tanggungjawab penolong-penolong kanan dari segi amanah, akauntabilti, ketekalan dan ketrampilan melaksanakan tugas-tugas kita sendiri (bukan serah pada orang lain) serta menunjukkan contoh teladan yang terbaik dan unggul bagi membantu dan mengembangkan potensi guru-guru di bawah kita?

Prinsip-prinsip Membina Ketrampilan Dan Kewibawaan

Sebenarnya tidak ada sesiapa pun yang terlewat untuk belajar, dan belajar, dan belajar, dan dengan kemajuan teknologi maklumat hari ini semua sumber pengetahuan berada di hujung jari sahaja. Cuma yang perlu ada ialah kesedaran diri (tak cukup ilmu), kehendak (desire), dan sikap "do it now."

1. DIRFT (Do It Right First Time)
2. Kaizen (Penambahbaikan berterusan)
3. Usaha Pencegahan (Prevention Is Better Than Cure)
4. Kepastian Kualiti (Tiada Istilah No.2)
5. Tanpa Cacat (Tak Main Barang Reject)
6. Total Involvement (Tak Ada Orang Yang Terkecuali)
7. Walk Your Talk (Cakap Serupa Bikin)
8. First Things First (Perkara Pertama Didahulukan)
9. Proaktif (Bukan Tunggu dan Lihat)
10.Fikir Menang/Menang (Abundance Mentality)
11.Apa Yang Disemai Itulah Yang Dituai.

Oleh itu marilah kita mengubah 'skrip hidup' kita kepada satu skrip yang baru, belajar meningkatkan kemahiran interpersonal kita, kemahiran komunikasi  dan ketrampilan menyelesaikan masalah yang merupakan ciri-ciri dan kemahiran tinggi yang diperlukan bagi memperoleh integriti dan martabat diri peribadi dan organisasi yang kita dukungi.

Penutup

Hanya satu perlu kita ingat bahawa janganlah sikap menganggap diri sudah amat mengetahui segalanya maka kita 'terhambat' daripada belajar untuk pengembangan diri. Epictetus berkata, "It is impossible for anyone to begin to learn what he believes he already knows."Untuk itu kita perlu menilai semul perhatian dan sikap  kita selama ini seperti kata Philip Cosby dalam bukunya Quality Without Tears;"Lack of attention must be corrected by the person himsef, through an acute reappraisal of his or her moral values. Lack of attention is an attitude problem. The person who commits himself or herself to each detail and carefully avoid error take the giant step toward setting a goal of Zero Defects in all things."

Sebagai kumpulan yang dijangkakan dapat memimpin, menunjuk arah dan menjadi teladan kepada semua warga sekolah, penolong-penolong kanan perlu sedar mereka harus sanggup dan dapat memahami cabaran-cabaran dunia pendidikan di abad ke-21 di mana perkembangan dan pembangunan diri insan anak didik kita bukan lagi kemahiran-kemahiran asas semat-mata, tetapi penguasaan pengetahuan, sikap dan kemahiran-kemahiran yang dapat membantu mereka bersaing dan berjaya melalui pengembangan dan pembangunan pelbagai kecerdasan (multiple intelligence).

Hanya dengan kesedaran diri yang tinggi sahaja kita bersama-sama mewujudkan sebuah sekolah yang berkesan melalui ketrampilan dan kepemimpinan kita dalam pengurusan yang berkualiti, mencapai objektif serta menunaikan mission statement kita, dan akhirnya  merealisasikan visi (vision) yang kita kongsi  bersama seperti kata Naisbitt, "Strategic plans are worthless unless there is first strategic vision." Dan nama kita akan terpahat sebagai seorang guru yang unggul dan berjasa, walaupun kita tidak diisytihar sebagai seorang 'Tokoh Guru'.ٱ


Rujukan

John Arul Philips Ph.D. (1997) Pelbagai Kecerdasan: Kewujudan Sistem Penaksiran yang Lebih Saksama dan Menyeluruh dalam Mengenal Pasti Kebolehan Intelek dan Potensi Pelajar Sekolah. Jurnal Suara Pendidik, Persatuan Pendidikan Malaysia Jilid 19 No.1 m.s. 55-65. ITM Shah Alam, Selangor D. E.

____________________ (1997) Kursus Induksi Umum Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia,. Institut LatihanKehakiman dan Perundangan (ILKAP), Kuala Lumpur.

Parkinson, C.Northcote & Rustomji, M.K. (1986). Understanding Management. Federal Publications, Kuala Lumpur.

Parkinson, C. Northcote & Rustomji, M.K. (1992). Kenyataan Dalam Pengurusan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Parkinson, C.Northcote & Rustomji, M.K. (1992). Pengurus yang Baik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Woodcock, Mike & Francis, Dave (1993). Pengurus Tanpa Hambatan - Suatu Panduan Praktis Bagi Kemajuan Diri. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


UNIT DISIPLIN 

1. KONSEP

Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan mengawal tingkahlaku murid. Seterusnya langkah-langkah intervensi dapat dirancang dan dilaksanakan di sekolah bagi melahirkan modal insan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. VISI

Modal Insan Murid Terbilang

3. MISI

Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan.

4. SENARIO SEDIA ADA


Kaedah pengurusan dan amalan sedia ada agak pelbagai dan merumitkan. Hal ini berlaku kerana setiap sekolah mempunyai gaya dan cara pengurusan tersendiri. Keadaan ini semakin menyulitkan apabila ada antara guru-guru yang tidak memahami peraturan dan Pekeliling berkaitan disiplin, ditambah pula dengan gangguan emosi dalam kalangan guru. Justeru banyaklah tersiarnya berita kecacatan pengurusan disiplin sekolah di media masa.

4.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU

Dalam amalam biasa, aspek yang sering diberi perhatian dalam pengurusan disiplin murid adalah terhadap tingkah laku negatif murid. Murid-murid akan dihukum dengan pelbagai cara dan kaedah (adakalanya melangar peraturan yang ada).

4.2 PENGURUSAN DISIPLIN
Amalan biasa juga, menjadikan Setiausaha Disiplin dan GPK HEM sebagai personel penyelesai masalah disiplin. Mereka menjadi orang yang dilonggokkan dengan pelbagai masalah disiplin, sedangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab khusus, yang sama seperti guru-guru lain. Akhirnya, tugas menyelesaikan masalah disiplin menjadi bebanan tambahan yang merungsingkan.
Justeru kita melihat bahawa lantikan Guru Disiplin terdiri dalam kalangan guru-guru lelaki yang garang, brutal dan berani. Keadaan ini menimbulkan ketidakadilan, sehingga membolehkan sebahagian guru terselamat atau mengelak daripada dilantik sebagai Guru Disiplin.

5. SENARIO SEPATUTNYA

e-Disiplin cuba mewujudkan senario baru dan sepatutnya dalam pengurusan disiplin.

5.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU SEPATUTNYA

e-Disiplin memberikan tumpuan kepada aspek tingkah laku murid sama ada berbentuk negatif ataupun positif. Kedua-dua jenis tingkah laku ini diambil kira dalam proses memulihkan murid. Tingkah laku negatif akan diberikan markah celaan, manakala tingkah laku positif akan diberikan markah pujian. Kedua-dua jenis markah ini akan diadun untuk menentukan tahap disiplin seseorang murid. Adunan ini akan disusuli pula dengan sesi bimbingan dan kaunseling untuk membentuk sahsiah murid pada tahap yang terbaik.

5.2 PENGURUSAN DISIPLIN YANG SEPATUTNYA
e-Disiplin cuba merealisasikan pekeliling bahawa semua guru adalah guru disiplin. Manakala Setiausaha Disiplin berperanan sebagai penyelaras pengurusan disiplin. Melalui kaedah pengurusan disiplin yang minimum, keadaan ini akan dapat dicapai.
Lantikan Setiausaha Disiplin boleh dibuat tanpa perlu mengambil kira perwatakan dan jantina seseorang guru. Hakikatnya sesiapa sahaja boleh dilantik sbagai Setiausaha Disiplin.

5.3 PENYIMPANAN REKOD

e-Disiplin menyediakan kaedah penyimpanan rekod dalam komputer atau pemacu lain.. Kaedah ini akan mengurangkan beban dan ruang kerja pengurusan disiplin khususnya berkaitan kerja-keja perkeranian dan sistem fail. Malah keadah ini juga akan mengurangkan penggunaan kertas.

6. KAEDAH
e-Disiplin adalah kaedah memulihkan disiplin murid. Justeru itu, e-Disiplin bergerak atas laporan salah laku murid, dan akan disusuli dengan usaha-usaha pemulihan dan bimbingan.

6.1 SALAH LAKU

6.1.1 JENIS SALAH LAKU
Jenis salah laku yang ada dalam e-Disiplin adalah berdasarkan senarai salah laku dalam Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajran, seperti berikut.

Kod Kesalahan Kesalahan

A. TINGKAH LAKU JENAYAH
A01 Berjudi
A02 Mencuri
A03 Mengancam/Memukul/Mencederakan Guru
A04 Mengancam/Memukul/Mencederakan Kakitangan
A05 Mengancam/Memukul/Mencederakan Murid
A06 Peras Ugut
A07 Gengsterisme
A08 Bawa Senjata Merbahaya
A09 Mencabul Kehormatan
A10 Menceroboh
A11 Tunjuk Perasaan
A12 Merusuh
A13 Membunuh
A14 Merogol
A15 Bergaduh

B. PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALAN / RACUN
B01 Memiliki / Menyimpan
B02 Membekal / Menawarkan
B03 Menjual / Mengedar
B04 Menghisap / Menyuntik / Menyedut / Meminum / Menghidu
B05 Menghidu Bahan-Bahan Inhalan

C. BULI
C01 Buli Bahasa
C02 Buli Fizikal
C03 Buli Isyarat
C04 Buli Perhubungan

D. ROKOK
D01 MEMILIKI / MENYIMPAN
D02 MEMBEKAL / MENAWARKAN
D03 MENJUAL DAN MENGEDAR
D04 MENGHISAP
1. Kali Pertama (1 Rotan)
2. Kali Kedua (2 Rotan)
3. Kali Ketiga ( 3 Rotan)
4. Kali Keempat (Gantung)
5. Kali Kelima (Buang)

E. PONTENG

E01
Ponteng Sekolah
1. 3 Hari Berturur-Turut Atau 10 Hari Tidak Berturur-Turut
2. 10 Hari Berturur-Turut Atau 20 Hari Tidak Berturur-Turut
3. 17 Hari Berturur-Turut Atau 40 Hari Tidak Berturur-Turut
4. 31 Hari Berturur-Turut Atau 60 Hari Tidak Berturur-Turut
E02 Ponteng Kelas
E03 Ponteng Aktiviti Kokurikulum
E04 Ponteng Ujian / Peperiksaan
E05 Ponteng Prep
E06 Ponteng Asrama
E07 Ponteng Acara Rasmi Sekolah
E08 Ponteng Perhimpunan

F. TINGKAH LAKU LUCAH
F01 Bercumbuan
F02 Berkhalwat
F03 Bawa Bahan Lucah
F04 Mengedar Bahan Lucah
F05 Mengintai
F06 Menggunakan Kata / Perbuatan Lucah
F07 Melukis & Menulis Kata-Kata Dan Gambar Lucah
F08 Menonton Vcd / Filem Lucah
F09 Memeluk Murid Lain Jantina
F10 Berdua-Duaan Yang Menimbulkan Syak

G. TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP
G01 Biadap Kepada Guru
G02 Biadap Kepada Kakitangan
G03 Biadap Kepada Tetamu
G04 Berkelakuan Kasar Kepada Murid
G05 Berbahasa Kesat / Kasar Kepada Murid
G06 Meminum / Membeli / Menyimpan / Mengedar Minuman Yang Memabukkan
G07 Membuang Sampah Merata-Rata
G08 Ingkar Arahan Guru
G09 Ingkar Arahan Pengawas
G10 Meludah Di Tempat Tidak Sepatutnya

H. KESALAHAN VANDALISME

H01 Merosakkan Harta Benda Sekolah
H02 Merosakkan Harta Benda Asrama
H03 Merosakkan Harta Benda Kantin
H04 Merosakkan Peralatan Bilik-Bilik Khas
H05 Merosakkan Tanaman Tumbuhan / Tanaman Hiasan
H06 Menconteng Dinding Bangunan Sekolah
H07 Menconteng Dinding Bangunan Asrama
H08 Merosak / Mengoyak Buku Spbt
H09 Merosakkan Peralatan Sukan
H10 Merosakkan Kenderaan Guru Besar / Pengetua / Guru / Kakitangan
H11 Merosakkan Harta / Kenderaan Murid

J. TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
J01 Pecah Amanah
J02 Berbohong
J03 Tidak Bertanggungjawab
J04 Tidak Jujur

K. KENAKALAN
K01 Menunggang Motosikal Dalam Kawasan Sekolah
K02 Masuk Tandas Berlainan Jantina
K03 Sengaja Membunyikan Loceng Kecemasan
K04 Mengganggu Semasa Pengajaran & Pembelajaran
K05 Tidak Ikut Giliran / Berebut-Rebut / Bertolak-Tolak
K06 Membawa / Bermain Mercun
K07 Mengubahsuai Pendawaian Elektrik
K08 Keluar Kawasan Sekolah / Asrama Tanpa Kebenaran
K09 Bermain Dalam Dorm
K10 Melanggar Peraturan Asrama

L. TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA

L01 Lewat Ke Sekolah
L02 Lewat Ke Perhimpunan
L03 Lewat Masuk Kelas
L04 Lewat Datang Aktiviti Luar Kelas / Kokurikulum
L05 Lewat Masuk / Balik Ke Asrama

M. KEKEMASAN DIRI
M01 Berkuku Panjang
M02 Mewarna Kuku / Berinai
M03 Berambut Panjang
M04 Rambut Berfesyen
M05 Bermisai / Berjanggut
M06 Memakai Pakaian Tidak Mengikut Peraturan
M07 Pakai Barang Kemas
M08 Mencukur Bulu Kening
M09 Memakai Alat Solek

N. PENGLIBATAN POLITIK
N01 Penglibatan Dalam Perhimpunan / Perarakan Politik
N02 Merayu Undi Dalam Pilihanraya
N03 Menyebar Penulisan / Dokumen / Propaganda Politik

6.1.2 MARKAH
Markah-markah salah laku adalah ditetapkan seperti berikut;
a. Markah hendaklah antara 3, 5, dan 10. Markah 3 bermaksud kes salah laku yang dianggap ringan. Markah 5 bermaksud kesalahan yang sederhana atau kesalahan ringan yang diulang-ulang, Markah 10 bermaksud salah laku yang berat.
b. Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM.

6.2 AMARAN DISIPLIN
Amaran Disiplin mestilah mengikut turutan. Melalui sistem ini, amaran disiplin adalah seperti berikut;

6.2.1 Amaran Disiplin Pertama (Bertulis) – (AD1)

Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 20 hingga 30 markah. Amaran ini hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

6.2.2 Amaran Disiplin Kedua (Bertulis) – (AD2)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 30 hingga 40 markah. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

6.2.3 Amaran Disiplin Ketiga (Gantung Sekolah) – (AD3)

Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 60 hingga 70 markah. Bagaimanapun, Pengetua boleh menggantung murid (Kes Khas) tanpa Amaran Disiplin Pertama dan Kedua. Dalam hal ini, apabila murid digantung (bagi kes khas), bermaksud Amaran Disiplin Pertama (AD1) dan Amaran Disiplin Kedua (AD2) dikeluarkan serentak bersama-sama hukuman gantung sekolah. Prosedur hukuman gantung sekolah adalah seperti berikut;
a. Keluarkan Surat Pertuduhan (dari sistem)
b. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuan
c. Serahkan Surat Pertuduhan Gantung.
d. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.
e. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk menggantung atau tidak murid berkenaan.
f. Jika dihukum gantung, gunakan borang dalam sistem untuk mengeluarkan Surat Hukuman Gantung

6.2.4 Amaran Disiplin Keempat (Amaran Akhir) – (AD4)
Amaran ini dkeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 80 dan 90 markah. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

6.2.5 Buang Sekolah – (AD5)

Amaran ini dikeluarkan apabila mencapai markah salah laku mencapai 100 dan ke atas. Hukuman ini boleh juga dikenakan bagi kes-kes khas, mengikut pertimbangan Pengetua. Prosedur hukuman buang sekolah adalah seperti berikut;
g. Keluarkan Surat Pertuduhan buang sekolah (dari sistem)
h. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuan
i. Serahkan Surat Pertuduhan buang sekolah.
j. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.
k. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk membuang atau tidak murid berkenaan.
l. Jika dihukum buang sekolah, gunakan borang dalam sistem.

6.2.6 Amaran-Amaran Lisan

Amaran ini dikeluarkan dari semasa ke semasa, atau apabila murid melakukan kes-kes salah laku.

6.2.7 Hukuan Rotan – Kes Merokok
Hukuman ini adalah mengikut pekeliling berkaitan kes merokok.

6.3 PEMULIHAN

6.3.1 KERJA AMAL
Kerja Amal adalah satu bentuk hukuman yang boleh dijalani oleh murid-murid secara sukarela. Sistem e-Disiplin menawarkan 2 kali kerja amal bagi setiap Amaran Disiplin yang diberikan kepada murid-murid.

Syarat-syarat Kerja Amal adalah seperti berikut;
a. Dijalani di luar waktu pembelajaran dan pembelajaran, atau di luar waktu persekolahan
b. Kerja-keja yang dilaksanakan tidak bermaksud menggantikan kerja rutin pekerja-pekerja / kakitangan sekolah.
c. Kerja-kerja yang tidak terlalu berat atau membebankan murid
d. Dikawal selia oleh guru
e. Boleh juga melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan di luar sekolah

6.3.1.1 JENIS KERJA AMAL

Jenis-jenis Kerja Amal yang disenaraikan dalam e-Disiplin adalah seperti berikut;

KERJA AMAL
KA01 Menolong Guru Dalam Keceriaan Sekolah
KA02 Kerja-Kerja Lanskap/Tanam Dan Jaga Pokok Bunga Dll
KA03 Kerja Mengecat/Mural/Kerja-Kerja Berat
KA04 Kerja-Kerja Mulia-Pertolongan Cemas
KA05 Kesungguhan Ketika Di Surau-Rajin/Tertib/Tekun
KA06 Komitmen Untuk Datang Awal Ke Sekolah
KA07 Ringan Tulang-Sukarela Menolong Guru
KA08 Membersih Dan Menceriakan Kelas
KA09 Membersih Dan Menyusun Bilik-Bilik Khas
KA1O Membersih Kawasan Persekitaran Sekolah
KA11 Membaiki Dan Membaik Pulih Peralatan Sekolah
KA12 Memberi Maklumat Yang Berguna Kepada Sekolah
KA13 Amalan Jimat Cermat (Air, Elektrik Dll)
KA14 Aktif Dalam Aktiviti Kemasyarakatan
KA15 Penglibatan Ibu Bapa / Penjaga Dalah Aktiviti Sekolah
KA16 Aktiviti-Aktiviti Lain Yang Menzahirkan Nilai-Nilai Murni

6.3.1.2 MARKAH KERJA AMAL
Markah Kerja Amal terdiri daripada 3, 5, dan 10. 3 bermaksud Kerja Amal yang dianggap ringan. Markah 5 bermaksud Kerja Amal yang sederhana, dan markah 10 bermaksud Kerja Amal yang dianggap berat.
Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM.

6.3.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Bimbingan dan Kaunseling merupakan elemen yang penting dalam usaha memulihkan murid yang bermasalah. Konsep bimbingan dan kaunseling di sini ialah aktiviti khusus dan berfokus kepada individu murid yang dikenal pasti sebagai bermasalah, dan bukannya aktiviti yang dibuat secara umum.

6.3.2.1 JENIS KAUNSELING
Pelbagai jenis aktiviti bimbingan dan kaunseling boleh dilaksanakan. Antaranya kaunseing individu dan kaunseling kelompok, yang berfokuskan murid bermasalah. Selain kaunseling individu dan kelompok, aktiviti lain juga boleh dilaksanakan seperti Kem Waja Diri.

6.3.2.2 PROGRAM LAIN (Sokongan)
Aktiviti sokongan juga perlu dilaksanakan, khususnya yang berbentuk pencegahan dan pemulihan. Setelah mengetahui masalah sebenar murid-murid langkah-langkah pemulihan dan pencegahan hendaklah diambil secara lebih drastik. Sebagai contoh, masalah ponteng kelas. Antara langkah pemulihan adalah kem khusus untuk murid-murid yang suka ponteng kelas. Di samping itu, langkah pencegahan juga boleh diusahakan oleh pihak sekolah.
Contoh Jadual pemarkahan e-Disiplin

Formula Tanpa Kerja Amal
Tambahan
Mata Jumlah Markah Tindakan Kerja Amal Baki Kaunseling (Min)
3 - 19 AMARAN LISAN
20 20 - 30 AD1 0 20 1
10 31 - 40 AD2 0 30 1
41 - 59 PEMANTAUAN / BIMBINGAN 3
30 60 - 70 AD3 (GANTUNG) 0 60 1
71 - 79 BIMBINGAN INTENSIF 2
20 80 - 90 AD4 (T/S) 0 80 1
20 100 AD5 (BUANG)
100 5 9

Formula Dengan Kerja Amal
Tambahan
Mata Jumlah Markah Tindakan Kerja Amal Baki Kaunseling (Min)
3 - 19 AMARAN LISAN
20 20 - 30 AD1 (-)20 0 1
30 31 - 40 AD2 (-)20 10 1
41 - 59 PEMANTAUAN / BIMBINGAN 4
50 60 - 70 AD3 (GANTUNG) (-)20 40 1
71 - 79 BIMBINGAN INTENSIF 3
40 80 - 90 AD4 (T/S) (-)20 60 1
90 - 100 3
40 100 AD5 (BUANG)
180 100 5 80 14

7. PERANAN PERSONEL

e-Disiplin menggariskan peranan setiap personel yang ada kaitannya dengan uruan disiplin sekolah

7.1 PERANAN GURU BESAR / PENGETUA
1. Membuat keputusan/tindakan serta menandatangani surat gantung dan buang sekolah.
2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)
3. Mengarah siasatan kes salahlaku.
4. Mengarah SU Disiplin memanggil mesyuarat.
5. Melapor/merujuk PPD/JPN bagi kes khas dengan segera.
6. Mengarah murid menjalani kaunseling.
7. Mengarah murid membuat kerja amal.
8. Menandatangani surat pertuduhan.
9. Menandatangani surat tunjuk sebab
10. Menandatangani surat hukuman
11. Menjatuhkan hukuman
12. Berbincang dengan ibu bapa/penjaga
13. Memantau pelaksanaan sistem e-Disiplin

7.2 PERANAN GPK HEM

1. Menerima laporan daripada SU Disiplin bagi menandatangani surat amaran disiplin 1, 2 dan tunjuk sebab.
2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)
3. Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa/ penjaga murid yang menerima surat amaran disiplin.
4. Mengarah murid membuat kerja amal.
5. Mengarah murid menjalani sesi kaunseling
6. Bertindak sebagai Timbalan Pengerusi semasa mesyuarat Jawatankuasa disiplin.
7. Mengambil tindakan terhadap maklum balas murid / penjaga.
8. Memfailkan surat akujanji antara murid dengan pihak sekolah.

7.3 PERANAN SETIAUSAHA DISIPLIN
1. Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
2. Menyiasat kes salahlaku.
3. Mengambil pengakuan murid /saksi/guru.
4. Menerima atau menolak borang BSL setelah siasatan dibuat.
5. Mencetak surat amaran disiplin untuk ditandatangani oleh pengetua/ Guru Besar/ Penyelia Petang/PK HEM.
6. Mencadangkan murid menjalani sesi kaunseling dan kerja amal.
7. Memasukkan maklumat salahlaku / kerja amal ke dalam sistem.
8. Mengemaskini/simpan BSL.
9. Memfailkan salinan surat amaran , akujanji yang telah dikeluarkan.
10. Menyediakan analisa laporan bulanan/ tahunan.
11. Menyelaras program disiplin sekolah

7.4 PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Menjalankan sesi kaunseling individu.
2. Menjalankan sesi kaunseling kelompok.
3. Menjalankan sesi bimbingan individu dan kelompok.
4. Menjalankan sesi kaunseling intervensi
5. Membuat lawatan ke rumah murid .
6. menyelaraskan program pengukuhan murid seperti kem jati diri, ceramah dan lain lain.
7. Memasukkan maklumat sesi kaunseling ke dalam sistem e-Disiplin
8. Menyelaras program disiplin sekolah

7.5 PERANAN GURU
1. Memantau salahlaku di kalangan murid.
2. Memberi bimbingan kepada murid
3. Mengisi BSL.
4. Mengisi borang ponteng berterusan / berkala dan menghantar kepada SU Disiplin.
5. Membantu tugas SU Disiplin.
6. Menentukan jenis kerja amal, menyelia dan memberikan markah.

7.6 PERANAN MURID
1. Berkerjasama dengan semua guru.
2. Murid membuat pengakuan dalam Borang Salah Laku (BSL) semasa sesi siasatan oleh SU Disipin Sekolah.
3. Memberi makumat yang tepat semasa soal siasat.
4. Murid perlu membela diri dan membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan.
5. Murid perlu mengikuti sesi kaunseling sebelum/selepas menerima hukuman.
6. Menjalankan kerja amal untuk mengurangkan markah salah laku
7. Mengikuti aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh pihak sekolah

7.7 PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
1. Berkerjasama dengan pihak sekolah utuk mengawal disiplin anak.
2. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil maklum dan perhatian sewajarnya apabila
3. pihak sekolah mengeluarkan Amaran Pertama (Bertulis) dengan mengubungi pihak
4. sekolah atau hadir sendiri ke sekolah.
5. Ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk membincangkan kes salah laku anak
6. mereka selepas Amaran Kedua (Bertulis) di keluarkan oleh pihak sekolah.
7. Ibu bapa/penjaga perlu berkerjasama hadir ke sekolah sebagai saksi dalam proses
8. menandatangi Aku Janji Murid selepas anak mereka menjalani hukuman Gantung
Sekolah.
9. 5. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengemukakan rayuan bertulis kepada Pengarah Pelajaan
10. Negeri dalam tempuh 30 hari apabila sekolah mengambil tindakan Buang Sekolah ke atas anak mereka.

7.8 PERANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH
1. Membuat siasatan kes-kes khas.
2. Menerima laporan kes-kes khas dari sekolah.
3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin

7.9 PERANAN JABATAN PELAJARAN
1. Menerima laporan kes khas dari Pejabat Pelajaran Daerah.
2. Menerima dan menyelesaikan kes-kes rayuan buang sekolah.
3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin.

7.10 PERANAN JKK / MAJLIS PENDUDUK
1. Menerima laporan disiplin murid-murid daripada pihak sekolah
2. Berbincang dengan penjaga murid berkenaan
3. Memantau murid-murid berkenaan di kawasan masing-masing
4. Mengatur program berkaitan motivasi diri

8. OPERASI SISTEM

8.1 TERAS OPERASI
Sistem beroperasi secara automasi. Antara maklumat yang diperlukan oleh sistem adalah;
7.10 Maklumat murid (Diimport dari data SMM)
7.11 Maklumat guru
7.12 Maklumat salah laku (Borang Saman)
7.13 Maklumat kerja amal
7.14 Maklumat respon penjaga
7.15 Maklumat sesi kaunseling
7.16 Maklumat akujanji

8.2 KEUPAYAAN SISTEM

8.2.1 AMARAN DISIPLIN
Sistem memberikan petunjuk jika seseorang murid perlu dikenakan tindakan disiplin. Berikut ialah tindakan disiplin yang disediakan oleh sistem
a. Amaran Disiplin Pertama (AD1)
b. Amaran Disiplin Kedua (AD2)
c. Gantung Sekolah (AD3)
d. Amaran Akhir (AD4)
e. Buang Sekolah (AD5)
f. Hukuman rotan (Kes menghisap rokok)

8.2.2 TANDA RUJUKAN KAUNSELING
Sistem juga mengeluarkan tanda secara automasi jika seseorang murid perlu dirujuk kepada kaunseling.

8.2.3 MENCETAK BAHAN
Sistem menyediakan pelbagai bahan untuk dilihat atau dicetak;
i. Laporan Bulanan
ii. Laporan kes disiplin
iii. Laporan jenis kes
iv. Laporan mengikut tingkatan
v. Laporan penglibatan guru
vi. Laporan tindakan disiplin
vii. Laporan kerja amal
viii. Laporan sesi kaunseling
ix. Laporan respon penjaga
x. Laporan Tahunan
xi. Laporan kes disiplin
xii. Laporan jenis kes
xiii. Laporan mengikut tingkatan
xiv. Laporan penglibatan guru
xv. Laporan tindakan disiplin
xvi. Laporan respon penjaga
xvii. Laporan kerja amal
xviii. Laporan sesi kaunseling
xix. Laporan ponteng sekolah
xx. Laporan pergerakan murid
xxi. Laporan disiplin berdasarkan lokasi
xxii. Laporan lengkap disiplin seseorang murid
xxiii. Senarai pelajar bermasalah
xxiv. Laporan disiplin semasa (Ranking pelajar)
xxv. Statistik disiplin
xxvi. Senarai murid untuk rujukan kaunseling
xxvii. Surat Akuan sahsiah murid

8.2.4 IMPORT / EKSPORT
Untuk memudahkan pengurusan disiplin, sistem menyediakan menu untuk mengeksport dan mengimport data.

9. PENUTUP
Pelaksanan e-Disiplin secara menyeluruh dan mantap pastinya dapat mengurangkan masalah disiplin, dan mewujudkan iklim sekolah yang lebih baik.



Guru SMK.Pasoh Dua

Al-Quran