bannermerdeka

SEKARANG ANDA BERADA DI SMK PASOH 2...SELAMAT DATANG 2014...SEMUA TERBAIK ADA DISINI..WELLCOME!!!

Hem Terkini


2012 - PROGRAM 26 - PROGRAM PENDAFTARAN TINGKATAN SATU TAHUN 2012

INFO
29 DISEMBER 2012- Pendaftaran tingkatan satu untuk Sesi Persekolahan 2013 telah dijalankan dengan jayanya. Pendaftaran telah dibuat di kantin sekolah pada jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Ramai ibu bapa dan penjaga datang untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke sini. Selamat Datang untuk semua !


2012 - PROGRAM 25 - PROGRAM PEMBERIAAN WANG KWAPM 2012

INFO
24 DISEMBER 2012- Wang KWAPM telah diserahkan kepada penjaga kepada enam orang pelajar yang telah terpilih mendapat bantuan tersebut. Wang sebanyak RM 300.00 telah diserahkan kepada penjaga di pejabat SMKP2 pada jam 9.00 pagi.



2012 - PROGRAM 24 - PROGRAM KECERIAAN KELAS SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2012

INFO
17 JULAI 2012- Pertandingan keceriaan kelas sempena bulan kemerdekaan akan bermula 17 Julai dan berakhir 16 September 2012. Penilaian berdasarkan kelas yang menampilkan keceriaan yang bersifat patriotik di dalam kelas masing-masing. Hadiah berupa wang tunai akan diberikan kepada kelas yang berjaya. 



2012 - PROGRAM 23 - PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT N.SEMBILAN DAN ANUGERAH LONJAKKAN SAUJANA SPM 2011 

INFO
22 MEI 2012- Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Padang MPS Seremban. Majlis bermula jam 8.00 malam dengan dirasmikan oleh YAB. Dato`Seri Utama  Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Tahniah kepada semua warga guru dan juga warga SMK.Pasoh 2 kerana menerima Anugerah Lonjakkan Saujana ( Akademik -SPM ) dan menerima hadiah RM 10,000.00. Syabas SMK.Pasoh 2, teruskan kecemerlangan Akademik ini.



2012 - PROGRAM 22 - MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEPADA SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH DI PWTC, KUALA LUMPUR 

INFO
18 MEI 2012- Majlis Penyerahan bantuan kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan di PWTC, Kuala Lumpur telah dilaksanakan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin. Sekolah-sekolah yang terpilih telah dijemput untuk menerima bantuan tersebut. Majlis bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. SMK.Pasoh 2 adalah salah sebuah sekolah daerah Jempol yang terpilih menerima bantuan tersebut.




2012 - PROGRAM 21 - PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

INFO
16 MEI 2012- Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah telah dimulakan dengan pertunjukan Gimnastik Artistik yang dijayakan oleh pelajar Tingkatan Satu. Kemudian Acara diteruskan dengan Ucapan Menteri Pelajaran yang dibacakan oleh GPK Pentadbiran, Cik Norhashimah Md.Nor dan seterusnya Ikrar dan Nyanyian Guru Malaysia oleh semua guru SMK.Pasoh 2.Sukaneka dan  persembahan dari pelajar diteruskan di Dewan Ibnu Sina dengan nyanyian, sajak,lakonan dan permainan dalam dewan.




2012 - PROGRAM 20 - MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA 2012

INFO
11 MEI 2012- Mesyuarat AJK PIBG SMK.Pasoh 2 telah diadakan pada jam 3.00 petang. En. Kamarul, YDP PIBG SMKP2 telah mempengerusikan mesyuarat pada petang itu.






2012 - PROGRAM 19 - LAWATAN MESRA KE RUMAH PELAJAR

INFO
10 MEI 2012- Lawatan ke rumah pelajar dilakukan secara berkala untuk mengetahui keadaan sebenar pelajar. Ini untuk memastikan hubungan mesra antara sekolah dan masyarakat sentiasa erat.












2012 - PROGRAM 18 - LATIHAN KEBAKARAN SIRI PERTAMA 2012


INFO
19 APRIL 2012- Pada hari ini telah dilaksanakan sesi latihan kebakaran pada jam 10.45 pagi. Pelajar telah bergerak ke tapak perhimpunan dan diberi taklimat ringkas oleh Cikgu Mohamad Nasir. Perjalanan latihan berjalan lancar. 






2012 - PROGRAM 17 -MAJLIS BACAAN YASSIN UNTUK SEMUA PELAJAR SMKP2

INFO
05 APRIL 2012- Pada hari Jumaat jam 7.40 pagi satu majlis bacaan Yassin telah diadakan. Program ini dilancarkan oleh Kaunselor Sekolah, Puan Maznita dan akan diteruskan sepanjang tahun, pada setiap hari Jumaat. Tujuannya untuk melatih pelajar memohon hajat untuk mendapat kejayaan untuk diri sendiri dan untuk rakan-rakan yang lain dalam pelajaran dan kehidupan.




2012 - PROGRAM 16 - KENDURI KESYUKURAN SMKP2 SEMPENA KEPUTUSAN PMR DAN SPM 2011 YANG MEMBANGGAKAN

INFO
02 APRIL 2012- Pada pukul 12.00 tengahari satu majlis kesyukuran telah diadakan sempena keputusan PMR dan SPM tahun 2011 yang membanggakan warga SMK.Pasoh 2. Pengisiannya ialah majlis bacaan Yassin dan Doa Selamat telah diadakan di Dewan Ibnu Sinna dengan Ustad Mohd Syahyar mengetuai majlis tersebut disertai semua warga SMKP2.






2012 - PROGRAM 15 - PELANCARAN BULAN BAHASA 2012

INFO
02 APRIL 2012- Tepat jam 8.00 Pagi Pelancaran Program Bulan Bahasa telah dilancarkan oleh Tuan Pengetua, Puan Zawakhir bt Mohamed Shaharoun dengan diiringi oleh Puan Norhayati, Ketua Bidang Bahasa SMK.Pasoh 2. Bulan Bahasa akan dilaksanakan selama sebulan bulan April ini.





2012 - PROGRAM 14 - MESYUARAT KANTIN KALI PERTAMA 2012

INFO
28 Mac 2012- Tepat jam 10.30 pagi Mesyuarat Kantin telah diadakan dalam bilik Pengetua. Pelbagai cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan telah disarankan. Wakil guru, Koperasi Sekolah dan wakil murid telah dijemput.









2012- PROGRAM 13 -  KURSUS LDP SIRI PERTAMA UNTUK GURU SMKPASOH 2 , TAHUN 2012

INFO
24 Mac 2012Kursus LDP telah dilaksanakan bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada 12.00 tengahari. Kursus yang dijalankan adalah merangkumi pengiraan Target Headcount Mata Pelajaran 2012, E -Operasi dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang disampaikan oleh Cikgu Hairul Nizam.






2012- PROGRAM 12 -  LAWATAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI SEMBILAN SEMPENA KEPUTUSAN SPM CEMERLANG KATEGORI SEKOLAH FELDA

INFO
22 Mac 2012- Tepat jam 2.20 petang,  DATO' ABDUL HALIM BIN ABDUL RAZAK, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus telah datang  untuk menghargai pelajar dan guru-guru yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2011. Lihat Link berikut:Keputusan SPM 2011.





2012- PROGRAM 11 -  PROGRAM BACAAN YASSIN-MUHASABAH DIRI

INFO
27 Februari 2012- Program ini akan diteruskan sepanjang tahun untuk memberi kesedaran kepada pelajar akan pentingnya kehadiran ke sekolah.Pelajar yang tidak hadir tanpa sebab akan diminta membaca surah yassin beramai-ramai setiap kali tidak hadir ke sekolah.





2012- PROGRAM 10 -  KURSUS ORACLE THINKQUEST

INFO
23 Februari 2012- Kursus komputer. Oracle Thinkquest telah diadakan di Makmal Komputer, SMKP2. Seramai 4 orang guru dan 6 orang pelajar telah menyertainya.    Kepada pelajar sila ke      link berikut:-http://www.thinkquest.org/en/





2012- PROGRAM 9 -  MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS

INFO
20 Februari 2012- Program Pelantikan Pengawas SMK. Pasoh 2 secara rasmi telah dilangsungkan di dataran perhimpunan. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Puan Zawakhir bt Mohamed Shaharoun.Seramai lebih 22 orang pelajar telah dilantik sebagai Pengawas pada majlis ini. Adik Amirul dari 5 Baiduri telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Sekolah.









2012- PROGRAM 8 -  MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

INFO
17 Februari 2012  - Program Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan bermula jam 8.15 pagi. Majlis  bermula dengan perarakan semua murid mengelilingi sekolah yang melalui pejabat kantin dan seterusnya ke Dewan Ibnu Sina. Di dewan ini telah diadakan ceramah Maulidur Rasul dan selepas itu pertandingan nyanyian nasyid di antara kelas. Tahniah diucapkan kepada Panitia Agama Islam.








2012- PROGRAM 7 -  MESYUARAT AJK PIBG SMK.PASOH 2,2012

INFO
16 Februari 2012  - Mesyuarat AJK PIBG kali ke 2 telah dijalankan jam 3.00 petang di bilik gerakan. Mesyuarat di pengerusikan oleh AJK PIBG dan ditangguhkan pada jam 5.30 petang.







2012- PROGRAM 6 -  ZIARAH KE RUMAH PELAJAR 

INFO
16 Februari 2012  - Guru GPK HEM dan guru-guru telah melakukan lawatan ke rumah pelajar yang tidak hadir ke sekolah untuk mengetahui masalah sebenar pelajar tersebut. Di samping itu cuba menasihati penjaga tentang pentingnya mereka mengambil berat pelajar anak-anak mereka.







2012- PROGRAM 5 -  KEM JATI DIRI ,JERAM GADING KENABOI

INFO
10/11- Februari 2012  - Kem Jati Diri ini telah diusahakan oleh Penyelaras Puan Maznita dan Ustad Mohd Shahyar dengan dibantu oleh beberapa orang guru dan keluarga mereka. Seramai 69 orang pelajar telah menyertai program ini dan dibantu oleh Perunding Motivasi PINTAR yang diketuai oleh Syed Abu Bakar dan beberapa orang Fasilitator yang terdiri daripada pelajar universiti tempatan telah sama-sama menjayakan program ini.Program ini dijalankan selama dua hari di Jeram Gading Kenaboi Jelebu, iaitu bermula dari hari sabtu 10 Februari dan tamat pada jam 2.00 petang 11 Februari. Majlis Penutup dilaksanakan oleh GPK HEM SMKP2, En. Johar bin Abu.





2012- PROGRAM 4 -  CERAMAH KESIHATAN GIGI

INFO
03 Februari 2012 (10.30 pagi) - Satu Pasukan dari Klinik Kesihatan Juasseh yang di ketuai oleh  Dr. Azizi telah mengadakan ceramah Kesihatan Gigi kepada semua pelajar SMK.Pasoh 2 bertempat di Dewan Bestari Ibnu Sina SMK.Pasoh 2.Pada hari terakhir pasukan jururawat ini telah mengadakan ceramah mengenai kebersihan mulut kepada murid-murid tahap dua. Banyak informasi tentang bagaimana menjaga gigi dengan baik dan cara memberus gigi dengan betul. Menurut Cikgu Ida Sabrina Guru Kesihatan, aktiviti seperti ini menjadi rutin pihak kesihatan Jempol menjalankan pemeriksaan ke sekolah ini.


2012- PROGRAM 3 - AYAHANDA BONDA ANGKAT

Foto Bonda & Ayahanda ...Klik Sini.....Foto Bonda Ayahanda

INFO
03  Februari 2012 ( 8.00 pagi) Program Ayahanda Bonda telah disempurnakan oleh Puan Hajah Zawakhir binti Shaharoun , Pengetua SMK Pasoh 2. Program ini adalah sistem di mana guru berperanan dan membantu, membimbing, mengajar, memberi sokongan serta galakan dalam usaha memupuk potensi pelajar agar berkembang dan meningkat, bukan sahaja dari segi akademik malah peribadi. Konsep sistem ayahanda bonda bolehlah dianggap seperti konsep kakak, abang atau ibu bapa angkat kepada pelajar. Antara matlamat program iniialah mewujudkan suasana kekeluargaan, kasih sayang antara guru, menggerakkan pelajar supaya aktif dalam segenap aspek sama ada dalam akademik, kokurikulum,kreativiti dan sahsiah pelajar dan mengawal disiplin pelajar secara tidak langsung. Justeru, Ayahanda bonda berperanan sebagai pengganti ibu bapa. Setiausaha Program ini ialah Puan Maznita binti Mohd Said telah menyatakan bahawa pelajar akan dibimbing dan dipantau oleh Ayahanda dan Bonda sepanjang pelajar berada di SMK.Pasoh 2.



2012- PROGRAM 2 - TABUNG KEBAJIKAN -TABUNG IHYA

INFO
03 Februari 2012 (7.30 pagi) - SMK Pasoh 2 telah melancarkan Tabung Ihya sebagai salah satu aktiviti dalam Program Kebajikan untuk tahun 2012. Perlancaran Tabung Ihya ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Zawakhir binti Shaharoun , Pengetua SMK Pasoh 2.Dana daripada tabung ini akan digunakan untuk menampung aktiviti-aktiviti kerohanian sepanjang tahun 2012 yang akan dijalankan di SMK Pasoh 2. Kutipan akan dibuat setiap hari jumaat setiap minggu. Insyaallah, aktiviti ini akan dapat mendidik jiwa pelajar menghargai setiap kehidupan di dunia ini. Kelihatan setiausaha Badan Kebajikan, Cik Farah Diana menjemput Pengetua untuk melancarkan Tabung Ihya tersebut.



2012- PROGRAM 1 - RAWATAN GIGI

INFO
Januari  2012












PROGRAM 7 - KURSUS MEMBINA LAMAN BLOG PELAJAR TINGKATAN 3

Tarikh : 29 Oktober 2011 ( Jumaat )
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Perpustakaan SMKP2
 





Bacaan Yassin-dan minum air penerang hati untuk semua pelajar.Semoga anda menjadi pelajar yang mudah menerima pelajaran dan menjadi pelajar cemerlang.






1-Program Ponteng Sifar- Lawatan Ke Rumah Pelajar
15 September 2011


2-Majlis Penutupan Hari Kemerdekaan
Oleh Pengetua, Pn. Zawakhir binti Mohamed Shahroun

3-Bacaan Yassin dan Solat Hajat Bagi Pelajar PMR dan SPM

4- Sambutan Hari Raya Aidil Fitri SMK.Pasoh2 
  Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 


 PROGRAM 4- AKTIVITI BULAN OGOS 2011



PROGRAM KEBAJIKAN - IHYA' RAMADHAN KHATAM AL QURAN DAN SUMBANGAN TABUNG INFAK 2011
TARIKH: 26 OGOS 2011 (JUMAAT) 
TEMPAT : DEWAN SMKP2

SEMASA HARI MAJLIS SEBENAR














PERSEDIAAN SEBELUM MAJLIS







PROGRAM 3- AKTIVITI BULAN OGOS 2011


BILIK 005 - TOPI KELEDAR
TARIKH: 19 OGOS 2011 (JUMAAT) 
TEMPAT : BLOK B - STOR SUKAN LAMA



INFO B005TK
Bilik ini diwujudkan untuk mengatasi kehilangan topi keledar pelajar semasa berada dalam kawasan sekolah. Oleh itu bilik di Blok B telah dijadikan bilik topi keledar dan Badan Pengawas telah menyelaras segala operasinya di bawah pemantauan Cikgu Hairul Nizam. 



PROGRAM 2- AKTIVITI BULAN OGOS 2011

PROGRAM SAHSIAH TERPUJI '3S'
TARIKH: 17 OGOS 2011 (RABU)
MASA: 7.30-8.30 PAGI






                            PROGRAM 1- AKTIVITI BULAN OGOS 2011

                                      PROGRAM URINE TEST BERSAMA PPDJJ

































































































































                                    TARIKH : 15 OGOS 2011



MASA : 8.30 - 11. PAGI
Bersama-sama pegawai LDK, ambil sempel

Penerangan diberikan kepada semua peserta
Bersama Kaunselor Pn. Maznita dan pelajar terpilih secara rambang.

Bersama Pegawai PPDJJ, En. Hazamuddin

Guru SMK.Pasoh Dua

Al-Quran