bannermerdeka

SEKARANG ANDA BERADA DI SMK PASOH 2...SELAMAT DATANG 2014...SEMUA TERBAIK ADA DISINI..WELLCOME!!!

Friday, December 14, 2012

Surat Pemberitahuan Pendaftaran Tingkatan Satu Sesi 2013

Klik Link di bawah 



Maklumat Minggu Pertama Sesi Persekolahan 2013
***Rabu 3 Januari 2013 
*** Masa Bermula 7.30 Pagi 
*** Tamat Persekolahan 5.00 petang

Maklumat Semua Pelajar.
Persiapan Awal Persekolahan Sesi 2013
* Alat-alat persekolahan boleh dibeli pada 29hb ( Sabtu ) Disember  2012.
* Hari rabu hari pertama persekolahan tiada urusan jual beli di koperasi sekolah.
* Persiapan menceriakan kelas akan dibuat mulai 26hb - 29hb Disember  2012.Pelajar digalakan hadir pada waktu 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari pada hari tersebut.

Maklumat Guru
A.MESYUARAT GURU KALI 1/2013 - 26 DIS 2012(RABU) MASA:8.30 PAGI
B.MESYUARAT KURIKULUM/HEM/KOKO KALI 1/2013 - 27 DIS 2012(KHAMIS) MASA: 8.30 PAGI
C.PENDAFTARAN TING. SATU TAHUN 2013 - 29 DIS 2012-(SABTU , MASA :8.30 PAGI)

Friday, November 9, 2012

Hari Keluarga SMKP2 Tahun 2012

SMK.Pasoh Dua - Info:- 09 November 2012 - Satu program Hari Keluarga SMKP2 telah langsung di kantin sekolah SMKP2 pada jam 3.00 petang. Majlis berjalan dalam suasana meriah dengan beberapa aktiviti  seperti acara tarik tali ( staf lelaki ), menjaringkan gol ( staf perempuan ) dan acara kanak-kanak telah dijalankan. Syabas kepada kelas staf kerana berjaya mengadakan majlis yang merih ini.
Klik Pautan di bawah
                   Photo Majlis Hari Keluarga SMKP2 Tahun 2012

Monday, October 29, 2012

Program Qurban SMK.Pasoh Dua 2012






Tarikh : 29 Oktober 2012

Masa : 8.00 pagi

Tempat : SMK.Pasoh Dua


Klik
                   Photo Majlis Qurban SMKP2 Tahun 2012



SMK.Pasoh Dua - Info:- 29 Oktober 2012 - Satu program Qurban telah dijalankan di sekolah dengan melibatkan PIBG, guru-guru dan pelajar. Dua ekor lembu telah di Qurbankan hasil  kesepakatan masyarakat dan guru-guru SMKP2. Daging Qurban telah diagih-agihkan kepada guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajar manakala tulangnya dimasak sup. Jamuan diadakan jam 2.00 petang untuk semua warga SMKP2.

Info

PENGERTIAN DAN HUKUM IBADAH QURBAN

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.

Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram. Daging qurban wajib (nazar) tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.














Thursday, October 18, 2012

Program Kem Kepimpinan Pengawas


Tarikh : 20 Oktober 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : Kem D' Agroloka,Jelebu


SMK.Pasoh Dua - Info:- 20 - 21 Oktober 2012 - Perkhemahan Pengawas SMK.Pasoh 2 akan diadakan di Kem D'Agroloka, Jelebu pada 20 Oktober 2012. Seramai 40 orang pelajar akan menyertai kem ini yang akan bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada 21 Oktober. Semasa menyertai kem ini pelajar akan menjalani pelbagai aktiviti kepimpinan, sukaneka dan sebagainya.Selamat berkursus!!! 
Klik

Photo Aktiviti Kem Pengawas D'Agroloka 2012


Klik
Photo Kem Pengawas D'Agroloka 2012




Monday, October 8, 2012

Solat Hajat Sempena PMR dan SPM 2012


Tarikh : 08 Oktober 2012
Masa : 2.00 petang
SMK.Pasoh Dua - Info:- 08 Oktober 2012 - Majlis Solat Hajat untuk pelajar PMR dan SPM telah dirasmikan oleh Puan Hajah Zawakhir bt Mohamed Shaharoun, Pengetua Smkp2 di surau baharu dinaiktaraf. Semua pelajar dan guru-guru telah terlibat dalam majlis ini.Untuk semua pelajar yang mengambil PMR esok, selamat menjawab dengan tenang dan bejaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Friday, October 5, 2012

Majlis Restu Pelajar PMR


Tarikh : 05 Oktober 2012
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SMK Pasoh 2
SMK.Pasoh Dua - Info:- 05 Oktober 2012 - Majlis Restu Pelajar PMR telah dirasmikan oleh Puan Hajah Zawakhir bt Mohamed Shaharoun, Pengetua Smkp2. Semua pelajar beratur dan memohon restu daripada guru-guru kerana akan menghadapi peperiksaan PMR pada 09 Oktober 2012 .

Monday, September 24, 2012

Pelancaran Bulan Sains & Matematik / ICT


Tarikh : 24 September 2012
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SMK Pasoh 2
SMK.Pasoh Dua - Info:- 24 September 2012 - Majlis Pelancaran Bulan Sains Matematik dan ICT telah dirasmikan oleh Puan Hajah Zawakhir bt Mohamed Shaharoun, Pengetua Smkp2.Gimik pelancaran telah dibuat dengan campuran bahan kimia diletak dalam bekas dan ia membakar suratkhabar yang memaparkan Bulan Sains Matematik dan ICT.

Wednesday, September 19, 2012

Program Penanaman Koridor Hijau

Tarikh : 19 September 2012
Masa : 8.00 pagi - 3.00 Petang
Tempat : Sungai Petekah, Feldah Pasoh 2

SMK.Pasoh Dua - Info:- 19 September 2012 - Seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru telah menyertai Program Penanaman Koridor Hijau di Sungai Petekah , Felda Pasoh 2. Program ini adalah kerjasama pihak felda , Univirsiti Yokohama, UPM dan KOBELCO. Aktiviti yang dijalankan ialah penerangan kesedaran mengekalkan kebersihan alam sekitar, menanam anak pokok berjumlah lebih 200 batang.

Wednesday, August 29, 2012

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Raya Aidil Fitri 2012

TARIKH: 29 OGOS 2012 (RABU) 
TEMPAT : DEWAN DAN KANTIN SMKP2
MASA : 2.00 - 4.30 PETANG


SMK.Pasoh Dua - Info:- 29 Ogos 2012 - Puan Hajah Zawakhir binti Shaharoun, Pengetua SMKP2 telah merasmikan majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin untuk pelajar PMR dan SPM serta Perayaan Aidil Fitri Peringkat Sekolah yang disertai oleh semua warga SMKP2 dan masyarakat Felda Pasoh Dua. Majlis dimulakan jam 2.00 petang dengan Solat Hajat dan diikuti Bacaan Yassin serta disusuli dengan Majlis Hari Raya. Majlis dilangsungkan dengan jayanya. Moga berjumpa lagi pada tahun hadapan.

 

Tuesday, August 14, 2012

Program Ihya' Ramadhan dan Sumbangan Tabung Infak 2012

PROGRAM KEBAJIKAN - IHYA' RAMADHAN KHATAM AL QURAN 
DAN SUMBANGAN TABUNG INFAK 2012

TARIKH: 15 OGOS 2012 (RABU) 
TEMPAT : DEWAN SMKP2
MASA : 10.00 PAGI - 1.30 TENGAHARI


SMK.Pasoh Dua - Info:- 30 Julai 2012 - Puan Hajah Zawakhir binti Shaharoun, Pengetua SMKP2 telah merasmikan majlis Ihya' Ramadhan , Khatam Al-Quran dan Sumbangan Tabung Infak yang diadakan di Dewan Ibnu Sinna SMK.Pasoh 2. Semua pelajar yang layak mendapat bantuan telah menerima bantuan tersebut. Pelajar yang lain juga mendapat sumbangan duit raya.
 
PERSEDIAAN SEBELUM

SEMASA PELANCARAN MAJLIS



Sunday, July 29, 2012

Terima Kasih Pengetua !

SMK.Pasoh Dua - Info:- 30 Julai 2012 - Puan Hajah Zawakhir binti Shaharoun, Pengetua SMKP2 telah memberi saguhati Wang Insentif Tawaran Baru 2011 kepada staf guru dan staf bukan guru yang tidak termasuk dalam senarai penerima. Beliau bermurah hati memberi sedikit wang bahagian beliau kepada staf yang tidak layak menerima mengikut syarat yang ditentukan JPNS.Terima kasih sekali lagi dari kami semua.

Friday, July 27, 2012

Program "The Star"

SMK.Pasoh Dua - Info:- 19 Julai 2012 - Program "The Star" adalah program yang dilancarkan untuk pelajar yang sederhana dan menunjukkan kemajuan dalam pelajaran terutamanya pelajar yang akan mengambil PMR dan SPM. Pelajar dinilai dalam setiap peperiksaan dan ujian. Setiap peningkatan dalam keputusan peperiksaan, pelajar akan mengumpul mata (star) untuk membolehkan mereka mendapat hadiah dan seterusnya mendapat penghormatan makan bersama pengetua.Program dibawah pemantauan Unit Kaunseling ini dilancarkan oleh Cik Norhashimah binti Md Nor, GPK Pentadbiran SMKP2. 

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa 2012M-1433H

Bulan Ramadhan 2012M - 1433H  adalah bulan yang suci. Seperti embun pagi yang membasahi dedaunan di kala pagi. Embun sejuk yang akan membasuh dan membersihkan jiwa kita dari segala dosa. Selamat menunaikan ibadah puasa ramadhan 2012.
 

Thursday, July 19, 2012

Program "Push the Red Button"

SMK.Pasoh Dua - Info:- 19 Julai 2012 - Program "Push the Red  Button" telah dilaksanakan pada jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang di dewan Ibnu Sinna oleh Ustad Mohamad Suffian bin Salleh seorang pakar motivasi dari Perak. Pelajar diajar mengurus masa dan menghargai harapan ibu bapa untuk mendapat keputusan cemerlang  dalam menghadapi peperiksaan PMR dan SPM yang akan mendatang pada bulan Oktober dan November 2012.

Monday, July 16, 2012

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

SMK.Pasoh Dua - Info:- 17 Julai 2012 - Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah dilaksanakan pada jam 7.30 pagi tadi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti lagu Negeri Sembilan serta lagu Barisan Kita oleh pelajar dan guru. Perasmian Pelancaran telah dilakukan oleh  En. Johar bin Abu ,GPK HEM Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2. Bulan Kemerdekaan ini akan berlanjutan selama dua bulan bermula 17 Julai sehingga 16 September 2012.

Guru SMK.Pasoh Dua

Al-Quran