bannermerdeka

SEKARANG ANDA BERADA DI SMK PASOH 2...SELAMAT DATANG 2014...SEMUA TERBAIK ADA DISINI..WELLCOME!!!

Friday, January 25, 2013

Program Maulidur Rasul Panitia Agama Islam

SMK.Pasoh Dua - Info:- 25 Januari 2013 - Program Panitia Agama Islam telah menyampaikan hadiah kepada pelajar yang memenangi kuiz dan buku skrap sempena Maulidur Rasul di surau sekolah. Majlis dimulakan selepas bacaan yassin oleh pelajar dan guru SMK Pasoh Dua. YDP PIBG, En. Kamrul Zaman turut hadir dan sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Wednesday, January 23, 2013

Makan Tengahari Bersama Pengetua - Cemerlang PMR 8A

SMK.Pasoh Dua - Info:- 23 Januari 2013 - Puan Hajah Zawakhir binti Mohamad Shaharoun, Pengetua SMKPasoh Dua telah meraikan pelajar cemerlang PMR 8A , adik Mohd Aiman Jamsari bersama ibunya dan guru penolong kanan serta guru-guru dalam majlis makan tengahari bersama Pengetua. Majlis ini diadakan di kantin sekolah sebagai menghargai sumbangan beliau dalam meningkatkan prestasi sekolah dalam lonjakan peningkatan keputusan PMR 2012. Di samping itu juga meraikan kejayaannya dapat melanjutkan pelajaran ke SBPI Batu Kikir. Selamat berjaya.

Saturday, January 19, 2013

Program Kepimpinan Pengawas Siri Satu

SMK.Pasoh Dua - Info:- 19 Januari 2013 - Program Kepimpinan Pengawas Siri Satu telah dijalankan pada jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari di tapak perhimpunan SMK Pasoh 2 . Semua pengawas dari tingkatan 2 hingga tingkatan 5 wajib menghadirinya. Pelbagai aktiviti kepimpinan telah diajar, antaranya ialah cara membaca ikrar, membaca doa dan mengendalikan perhimpunan sekolah.

Thursday, January 17, 2013

Majlis Penyampaian Wang Bantuan Awal Persekolahan RM 100

SMK.Pasoh Dua - Info:- 17 Januari 2013 - Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan RM 100 telah dilangsungkan di SMK. Pasoh Dua. Program ini disampaikan oleh YB Dato' Zainal Abidin bin Ahmad DSNS, JP, PMC Adun Lui pada jam 3.30 petang. Majlis ini melibatkan dua sekolah iaitu SMK. Pasoh Dua dan SK. Pasoh Dua. Dianggarkan lebih 600 ratus orang yang hadir dalam majlis tersebut. 


Wednesday, January 16, 2013

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2013

SMK.Pasoh Dua - Info:- 16 Januari 2013 - Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah dijalankan jam 3.00 petang dan berakhir 4.30 petang tadi. Semua pelajar yang sihat telah menyertai kejohanan tersebut. Trek laluan kejohanan melalui kawasan kelapa sawit Felda Pasoh 2.Semua pelajar begitu bersemangat berlari dan menamatkan larian dengan jayanya. Syabas diucapkan untuk semua warga SMK Pasoh 2 kerana menyertainya.


Wednesday, January 9, 2013

Minggu Orientasi Murid Tingkatan Satu 2013

SMK.Pasoh Dua - Info:- 02 Januari 2013 - Satu program orientasi telah diadakan untuk menyambut kedatangan pelajar baru ke SMK.Pasoh 2. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan Satu telah mendaftar dan diterima masuk ke sekolah ini. 

Guru SMK.Pasoh Dua

Al-Quran