bannermerdeka

SEKARANG ANDA BERADA DI SMK PASOH 2...SELAMAT DATANG 2014...SEMUA TERBAIK ADA DISINI..WELLCOME!!!

Sunday, July 29, 2012

Terima Kasih Pengetua !

SMK.Pasoh Dua - Info:- 30 Julai 2012 - Puan Hajah Zawakhir binti Shaharoun, Pengetua SMKP2 telah memberi saguhati Wang Insentif Tawaran Baru 2011 kepada staf guru dan staf bukan guru yang tidak termasuk dalam senarai penerima. Beliau bermurah hati memberi sedikit wang bahagian beliau kepada staf yang tidak layak menerima mengikut syarat yang ditentukan JPNS.Terima kasih sekali lagi dari kami semua.

Friday, July 27, 2012

Program "The Star"

SMK.Pasoh Dua - Info:- 19 Julai 2012 - Program "The Star" adalah program yang dilancarkan untuk pelajar yang sederhana dan menunjukkan kemajuan dalam pelajaran terutamanya pelajar yang akan mengambil PMR dan SPM. Pelajar dinilai dalam setiap peperiksaan dan ujian. Setiap peningkatan dalam keputusan peperiksaan, pelajar akan mengumpul mata (star) untuk membolehkan mereka mendapat hadiah dan seterusnya mendapat penghormatan makan bersama pengetua.Program dibawah pemantauan Unit Kaunseling ini dilancarkan oleh Cik Norhashimah binti Md Nor, GPK Pentadbiran SMKP2. 

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa 2012M-1433H

Bulan Ramadhan 2012M - 1433H  adalah bulan yang suci. Seperti embun pagi yang membasahi dedaunan di kala pagi. Embun sejuk yang akan membasuh dan membersihkan jiwa kita dari segala dosa. Selamat menunaikan ibadah puasa ramadhan 2012.
 

Thursday, July 19, 2012

Program "Push the Red Button"

SMK.Pasoh Dua - Info:- 19 Julai 2012 - Program "Push the Red  Button" telah dilaksanakan pada jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang di dewan Ibnu Sinna oleh Ustad Mohamad Suffian bin Salleh seorang pakar motivasi dari Perak. Pelajar diajar mengurus masa dan menghargai harapan ibu bapa untuk mendapat keputusan cemerlang  dalam menghadapi peperiksaan PMR dan SPM yang akan mendatang pada bulan Oktober dan November 2012.

Monday, July 16, 2012

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

SMK.Pasoh Dua - Info:- 17 Julai 2012 - Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah dilaksanakan pada jam 7.30 pagi tadi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti lagu Negeri Sembilan serta lagu Barisan Kita oleh pelajar dan guru. Perasmian Pelancaran telah dilakukan oleh  En. Johar bin Abu ,GPK HEM Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2. Bulan Kemerdekaan ini akan berlanjutan selama dua bulan bermula 17 Julai sehingga 16 September 2012.

PELANCARAN BULAN PATRIOTIK 17 JULAI - 16 SEPTEMBER 2012

     
     

"Janji Ditepati" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.

Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," katanya. - BERNAMA

Program Pasoh Strike - Makan Bersama Pengetua

SMK.Pasoh Dua - Info:- 16 Julai 2012 - Program  Pasoh Strike telah dilaksanakan oleh Unit Kaunseling. Pelajar  PMR dan SPM yang mendapat 3 A dan lebih dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 akan mendapat hadiah iaitu makan bersama-sama Pengetua dan Guru Penolong Kanan serta Guru Ketua Bidang di kantin SMK.Pasoh Dua. Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat peluang tersebut!



Sunday, July 15, 2012

Program Qiamulai Siri Dua

SMK.Pasoh Dua - Info:- 14 Julai 2012 - Program Qiamulai Siri Dua telah dijalankan untuk murid Tingkatan 3 dan 5. Pendaftaran murid untuk program ini telah dibuat pada jam 4.00 petang.

Wednesday, July 11, 2012

"Pelancaran Hari Koperasi Sekolah" dan Senamrobik " 1Murid 1 Sukan 1 Malaysia "

SMK.Pasoh Dua - Info:- 10 Julai 2012 - Program Hari Koperasi Sekolah telah dirasmikan oleh Puan Zawakhir bt Shaharoun, Pengetua SMKP2 pada jam 7.40 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Koperasi dan pemberian cenderahati kepada semua guru oleh pelajar. Selepas itu Puan Pengetua menanam pokok sebagai tanda pelancaran Hari Koperasi Sekolah tahun 2012 telah dilaksanakan dengan jayanya.


SMK.Pasoh Dua - Info:- 10 Julai 2012 - Program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah dijalankan serentak seluruh Malaysia bermula jam 8.30 pagi di dataran perhimpunan SMK.Pasoh 2.Semua warga SMKP2 telah bersama-sama menjayakan program ini yang berakhir pada jam 10.00 pagi. Syabas SMKP2 ! 

Friday, July 6, 2012

Terkini! Pemberian Zakat Bank Rakyat.

SMK.Pasoh Dua - Info:- 06 Julai 2012 - Unit Kebajikan HEM, Puan Farah Diyana telah menjalankan Program Pemberian Zakat Bank Rakyat. Seramai 30 orang pelajar yang layak menerima zakat sebanyak RM 100.00 seorang telah terpilih dari tingkatan satu hingga tingkatan 5. Majlis dijalankan di kantin sekolah SMKP2 bermula jam 9.00 pagi dan selesai jam 10.00 pagi.

Thursday, July 5, 2012

Spot Check ! Terkini !

SMK.Pasoh Dua - Info:- 05 Julai 2012 - Unit Disiplin telah melakukan Spot Check rambut panjang dan merampas barang-barang yang dilarang dibawa ke sekolah. Hasil tindakan mengejut ini ramai pelajar didapati melakukan kesalahan dengan membawa pelbagai barang yang menjadi kesalahan jika dibawa, contohnya handphone,lighter,alat-alat make up dan sebagainya. Pelajar yang melakukan kesalahan telah dihukum dan nama mereka tercatat dalam buku kesalahan disiplin.
 

Wednesday, July 4, 2012

Taklimat

Taklimat Kokurikulum dan SU/Peperiksaan
Tarikh : 3 Julai 2012 (Selasa)
Masa : 3.00 - 4.30 petang
Tempat : Makmal Komputer

Guru SMK.Pasoh Dua

Al-Quran